Friday, December 16, 2011

Farewell & Good Bye....

Assalamualaikum....

Sajer nak tepek kat sini pulak...
Memang untuk kenangan ....

Farewell & GooD Bye..

Dear All,
As many of you would have probably realized by now, after 11.58 years, today is my last day with ex- EBB HLBB. While leaving from here, my mind has been flooded with mixed feelings. I am happy about joining a new venture (after my VSS application has been approved), but at the same time it makes me sad to know that I am leaving a company which gave me many friends and good memories.

Farewell & sincere wishes to each one of you, the very best in all your future endeavors, both professional and personal.

Take care & keep in touch…

Last photo kat Surau MEB

Thursday, December 15, 2011

House Manager.....

Assalamualaikum.....

Dah beberapa hari aku tak jenguk blog....
Sibuk menguruskan badan hal diri sendiri

Sekarang ni dengan rasminya aku menyandang jawatan baru
Bukan dapat kerja kat tempat baru yer....
House Manager a.k.a Housewife...
Hehehehehheeee...

Dah lebih 11 tahun aku membanting tulang kat sawah bendang menjadi ibu berkerjaya
Inilah masa yang amat dinanti-nantikan....
Lepas merger bulan Julai dulu....
Majikan aku dah terlebih staff
So dengan bangganya they all offer VSS (Volunter Seperation Scheme)
Aku lak dengan rasa rendah diri apply dgn harapan yg menggunung supaya terpilih....
Alhamdulillah, 5/12 dapat result....
12/12/2011 aku last day....
(Sama lak dengan tarikh perlantikan Agong baru kan...)

Apa yang buat aku sibuk sepanjang 2-3 hari lepas hari persaraan sebelum usia tu....
Sibuk ke LHDN nak dapatkan Clearance Letter...
Salah sendiri kan...
Orang lain every year buat e-filing
Aku lak buat ikut suka jer....
Sekarang ni aku gak yang susah...
Orang lain last day teus dapat duit VSS
Tapi aku lak sampai hari ni tak dapat2 lagi...
Untuk kawan2 yang sama2 tak dapat lagi diut VSS tu
sila bawak bersabar yer......
Salah sendiri kan.....

Aku memang takde planning lagi
Buat masa ni memang aku banggalah pengang jawatan House Manager ni...
Nanti bila aku rasa nak jawatan lain
Barulah aku nak cari kerja...
Hehehehehe

Rasa sedih & happy sebenarnya
Ye la... 11 tahun aku bekerja...
Kerja pertama lak tu...
Mestilah aku rasa sedih sangat...
Happy sebab sentiasa ada kat rumah
Boleh pantau anak-anak yang sedang membesar tu...

Gambar hari terakhir bekerja
Farewell Lunch with Dayang & Boon
(Subway Tune Hotel....)
Thanks Dayang sebab jadi bukan jer rakan setugas tapi sbgai sahabat yg sangat baik...
Sahabat yang sentiasa berkongsi rasa
Susah, senang, happy, marah. takut, sedih, geram, kecewa.....
(Dayang pun apply VSS tapi Bank sayangkan dia.... VSS tak approved) 

Kepada semua kawan-kawan yang ambik VSS
Gunakan lah duit yang kita dapat tu sebaik mungkin....

Wednesday, December 7, 2011

Sedapnya Bila Makan Dengan Nasi Panas-Panas.....

Assalamualaikum....

Bersiaran di petang hari pulak.....
Rajin sangat hari ni nak update.....
Takde kerja dah ker....
Hehehehe.....

Ni just nak share ngan uolss satu resepi simple dari dapur Wanida....
memang simple yang amat....
Lauk ni dah selamat menjadi hasil kumbahan pun....
Ini stok daging korban yer hakak-hakak....
(Raya kedua punya lauk nie.....)

Satu family memang sukakan lauk ni....
Memperkenalkan....
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

Daging Goreng....
Mesti korang kata.... hek eleh....
Daging Goreng jer.... ingatkan lauk best sangat kannnnn....
Tapi aku dah inform awal2kan...
Lauk simple jer....

Motip pulak ada jug berbagai saiz & berbagai colour nikan....
Saja nak rekod kat sini....
5 jug ni tak cukup untuk anak-anak aku minum sehari....
Thanks Boboy sebab snap pic ni...
Boboy pun dah boleh harap ambik gambar.....
Hehehehe

Nak juga share resepi kat sini...
Aku tahu ramai yang tahu masak lauk ni...
Tapi mungkin cara masing-masing berbezakan...
Yang ni cara aku..

Bahan-Bahan
700 gram daging di potong nipis
3 Buku Bawang Besar (aku guna bawang Holand tu)
Cili api hijau
(Sepatutnya letak cili benggala & kacang panjang tapi tak de bahan tu kat rumah)
Air secukupnya
Minyak
Garam
Kunyit hidup di tumbuk
(Wangi jer bila pakai kunyit hidup, kalau takde kunyit serbuk pun ok gak..)

Cara-cara
Perapkan daging dengan garam & kunyit hidup selama 45 minit.
(Lagi lama perap lagi sedap yer hakak-hakak..)
Panaskan kuali.
Bila kuali dah panas, masukkan daging dan tutup kuali.
Biarkan air daging keluar.
Pastu masukkan air sikit & tunggu sampai daging empuk.
Bila dah kering airnya, tolak daging ketepi kuali.
Masukkan minyak masak.
Bila minyak dah panas, tolak semula daging ke dalam kuali.
Bila agak garing baru masukkan bawang & cili.
Balik-balikkan sampai bawang & cili layu.
Pastu angkat & masukkan ke dalam serving plate...
Sedia disantap dengan nasi panas....

Sekali lagi....
Please Zoom iiiiinnnnnnnnn..............
*** Senang sangat kan.....

Bondi Beach...

Assalamualaikum...

Hari ni semangat jer aku nak gi kerja...
Bangun pagi-pagi kul 6.15 am
Solat Subuh, pastu masak breakfast
just mi goreng so simple & keropok lekor
Lagipun anakanda ada 3 org jer kat rumah
Si kembar dah pergi rumah nenek hari Ahad tu....

Seronok pulak mengimbas kenangan setahun yang lalu...
Hari kedua we all kat Sydney...

We all beli tiket bus Hop on Hop Off dulu
Entah berapa Dollar, dah lupa... kekekeke
Destinasi pertama adalah
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

Bondi Beach...
Padahal tajuk entry pun dah bagitau kan...
Gambar gelap bukan lah kerana kamera aku cap ayam hokeh...
Gambar gelap sebab cuaca sangat mendung....

Gigih jugak nak bergambar
Walaupun masa ni hujan mula turun

Memang tak sempat nak menikmati keindahan pantai....
Hujan di musim Summer....
Sejuknya memang terasa sampai ke tulang-temulang

Merenung jauh....
Sebab tak sempat nak berbikini bagai....
Simpan jer la dOt swimming trunk ko tuh.... hehehehe

Tak dapat berswimming trunk
Just window shopping kat kedai-kedai jual souvenir kat Beach tu..

Comel mu mekkkssss......

Tuesday, December 6, 2011

10 Muharram...

Assalamualaikum...
Salam 10 Muharram untuk semua..
Aku dapat e-mail tentang 10 Muharram dari seorang hamba Allah ni
So, aku rasa lagi baik aku share kat sini...
Supaya dapat kita sama-sama membacanya & bermanafaat untuk kita semua....

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri..

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:
 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam (Hari inilah..)- Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan..
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.
Antara amalan yang disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali.

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

(10 Muharram, bersamaan selasa, 06 DEC 2010) Hari ini la..... 

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
    Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
    Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
    Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
    Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
    Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut
    yang di sapunya.

6. Bersedekah
    Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang 
    tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada 
    semua fakir miskin di dunia ini.
 7. Memelihara kehormatan diri (Bagi aku pulak, yang ni memang sentiasa perlu dipelihara..)
    Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
   Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
   lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
    Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
     Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
      Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun 
      melakukannya.
      lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'

      Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
     'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
     Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
     Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
     Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
     Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan 
     diharamkannya daripada neraka.

Saturday, December 3, 2011

Aku Tak Sabar & Masak Lemak Pucuk Paku...

Assalamualaikum......

Salam sabtu & selamat berehat di hujung minggu.....

Semalam adalah hari yang aku tak sabar-sabar nak gi opis
 Aku akan dapat berita yang aku paling nanti-nantikan....
Orang lain dari hari Selasa dah dapat tahu
Department aku jer yang lambat
Sebab Big Bos busy sangat
Sampai tak sempat nak drop by....
(Bos aku ni jaga 2 dept yang berlainan bangunan.....)

Hehhehehehe.......
Panjang pulak intro......
Korang kenal tak pucuk paku......?
Sayur ni memang menjadi feveret aku dari kecik lagi....
Dulu kalau aku balik dari asrama, sure arwah ayah aku bawak aku kutip pucuk paku.....
Dia dah tahu sangat apa yang aku nak makan......
Al-Fatihah buat arwah ayah......

Tapi sekarang ni kalau nak makan sayur pucuk paku
senang jer....
Tak yah nak redah semak pokok renek.....
Bawak jer Singgit, dua....
Beli jer.....
Pucuk paku ni aku beli kat pasar pagi Batang Kali...
Fresh sangat

Korang suka masak apa dengan sayur ni....
Aku semua cara boleh jalan...
Goreng belacan, goreng kicap, kerabu, pecal....
Tapi kali ni aku masak
Masak Lemak Pucuk Paku.....

Senang sangat masak ni......

Bahan-bahan:
  1. 2 ikat sayur pucuk paku
  2. Santan yang siap diproses RM3 (aku suka yang lemak-lemak....)
  3. 15 ulas cili api**
  4. 3 biji bawang merah**
  5. Sedikit belacan**
  6. 2 batang serai diketuk
  7. Air ikut suka nak letak banyak mana
  8. Garam secukup rasa
Cara nak masak
  • Siang pucuk paku, basuh & toskan
  • Tumbuk semua bahan yang bertanda **
  • Masukkan bahan-bahan yg dah di tumbuk kedalam periuk. Masukkan santan, air, serai & garam. Didihkan dengan api perlahan.
  • Bila dah mendidih masukkan sayur pucuk paku.
  • Masak lebih kurang 10 - 15 minit.
  • Selamat mencuba

Closed up sikit......

p/s: Selamat shopping Silicon Mould kat rumah TTM

Friday, December 2, 2011

Setahun Yang Lalu....

Assalamualaikum.....

Minggu lepas 22/11/2011
Kawan sekolah aku, Amy call....
Aku ingatkan nape kan....

Rupa-rupanya, dia nak gi Melbourne & Sydney 25/11/2011
(Sama date ngan aku gi Melbourne tahun lepas)
Seronoknya gi sana.....
Macama nak pergi lagi la
Tapi kewangan masih tak mencukupi.....
Sekarang pun Amy masih kat Sydney....
Dia gi lama.....

Pastu akupun sibuk la membelek entry2 Melbourne
Rupa-rupanya aku belum post lagi cerita gi Sydney...
Aku nak juga posting kat sini....
Nanti anak2 aku boleh tengok, Mama dia orang ni gi berjimba kat Sydney....
Ayat macam orang kaya jer.....
Heheheehe.... untuk kenangan aku....

Korang layanz jer la gambar aku kat sana walaupun dah basi + berkulat

We all dah nak bergerak ni....
Naik train dari Mordialloc Stesen ke Melbourne Central...

First day we all kat sini
tak gi mana-mana pun...
Just jalan-jalan kat sekitar kawasan hotel jer

Aku tak ingat memang tak tahu sebenarnya
nama bangunan ni...
Nampak cam church jer...
tapi aku suka struktur bangunan & pokok togel kat belakang tu....

Queen Victoria Building
Cantik.... 

Dalam Queen Victoria Building....
Deco semuanya related dgn Krismas...
Tak jalan habis pun dalam Shopping Mall ni...
Golongan Marhain mana mampu nak beli....
Window shopping jer la....

Dan ini adalah teman tapi mesra  we all kat Sydney....
Cuaca sangat sejuk yer untuk org kampung cam aku ni....
Asyik minum mocha dari 7E
Paling murak uollsss..... AUD1

Esoknya we all ke Bondi Beach, City Tour, Opera House.....