Monday, February 28, 2011

Merentas Desa...... Tahniah Along & Abby

Assalamualaikum.....
Salam pagi Isnin.... Ramai yang cakap Monday Blues. Ada sorang kakak kat office lama aku dulu, asal pagi isnin jer nak hantar surat resign. Ntah apa yang dia tak suka sangat kerja hari isnin nie.... Aku ok jer.... takde lah rasa nak resign ker hapa ker....

Hari sabtu lepas, sekolah anak aku ada acara merentas desa.... Aku masa sekolah dulu adalah 2-3 kali juga join merentas desa ni tapi tak pernah mendapat sebarang hadiah saguhati apatah lagi pingat..... hahahaha. Masa sekilah rendah, aku siap singgah kat rumah makcik tu bersembang sekejap...... Itu barulah betul2 merentas desa kan.... Kan cikgu dah ajar, kita mestilah hormat org yang lebih tua. Itulah sebab aku berhenti menyembang dgn makcik tu......(takde kena-mengena kan)

Masa sekolah menengah kat TAHAP (itu lah satu2nya sek men aku....) aku join gak merentas desa nie.... Yang ni lagilah kelakar sbb aku tak ingat sangat apa yg jadi. heheheh..... Yang aku paling ingat sahabat aku yg sorang nie dapat no 1.... Yang pasti aku dapat ntah no berapa......  Standardlah aku ni kan.... dgn saiz badan comel2 plum..... mana kuat lari. Kalau aku sertai sukan pun sekadar lontar peluru, lempar cakera. Nasib baik aku dah tak praktis kat rumah sekarang ni, kalu tak jenuh EDH nak membeli pinggan mangkuk baru,......

Itu kisah aku ler....
Kisah anak dara aku berdua nie laks. Abby aka Kak Ngah, dapat no 12. No 1-15 dapat medal & Sijil. Merasa gak lah si Abby bawak balik medal tu.... color gold lagi..... Tahniah Abby!!!!!!

Peserta yang dapat no 16-40 dapat hadiah saguhati. Tumbler & bekas makanan. So, Along tergolong dalam kumpulan itu ler.... Dia dapat no 39...... Merasa jugak ler dapat hadiah. Nasib baik tak ikut jejak langkah aku..... Yang aku bangga dgn Along nie, masa they all berlari tu dah sampai half way tetiba kawan dia semput. Dia berhenti tolong kawan dia dulu, bagi air sampai PBSM sampai baru dia continue lari.... Walaupun dia tak dapat no 1-15 tapi dia amat membanggakan sebab berhati mulia.... Cikgu2 pun cakap macam tu kat dia.......

Tahniah Along & Abby!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, February 27, 2011

Berjasa Hingga Hujung Nyawa

Assalamualaikum.....
Hari cuti ni sedap sangat duduk rileks kat rumahkan. Alangkah indahnya kalau hari -hari duduk camni tapi tiap-tiap bulan dapat gaji..... (Jgn beranganlah Puan Wanida) Hehehe.... sesekali berangan takpe kan lagipun berangan tak yah kena bayar....

Selalunya hari cuti macam ni la org sibuk nak masak sedap2sedap kat rumah kan..... Aku pun kadang2 tergolongan dalam kumpulan tu.... Kadang2 jadi, kadang2 tak jadipun masakan tu.... Tapi hari nie tak masak pun...... huhuhu

Tengok kat tajuk n3 macam lain macam jer kan..... Puas dah aku perah santan kepala nak buat tajuk apa. Last2 itu yang aku terpikir.... Masa aku dok delete mana2 gambay yang dah disnap berkali2 tu yang aku terjumpa gambar nie. Gambar ni berlokasi kat Kg Pulau Rusa Terengganu.... Memeng ianya berjasa hingga hujung nyawa.....
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

 Tak de apa2 yang pelik pun kan.....
Pokok kuini/macang (aku pun tak pasti) yang sedang berbunga
Tapi....
Cuba korang perhatikan betul2....

Pokok ni sebenarnya dah di tebang
Tinggal sebelah jer lagi....
Sebelah tu pun tak berapa elok dah batangnya....
Walaupun begitu, pokok ni tetap cuba berjasa pada tuan tanah kedaung.....

Masa aku tengok pokok nie
aku tetiba jer emo..... tak tau kenapa

*** Memang berjasa kalau kita berbudi kepada tanah.......

Friday, February 25, 2011

Birthday Boboy lagi.......

Assalamualaikum......
Salam malam. Ramai yang dah tidur waktu2 camni kan. Aku ni sambil2 mendobi tu layan blog la.... Anak2 semua dah tidur. Mata Mama & abah jer yg segar bugar lagi. Siap discuss lagi esok nak masak apa.... Agaknya dalam kepala kitaorg ni asyik fikir pasal makan jer..... Camner lah nak diet..... huhuhu

Saja nak share birthday celebration Boboy kat sekolah. Dah agak lama gak peram citer & gambar2 nie.... Bday dia on 12 Jan. Tapi celebrate lambat. Hari bday tu just potong kek kecik kat rumah. Dia cukup tak puas hati. Nak juga kek besar..... Anak2..... hahaha Lagipun memang dah janji nak celebrate dbay dia kat sekolah cam last year....

So, 1 Feb sempena FT Day, Aku pun bercuti. Dia sekolahla sbb kat Selangor kitaorg pun wat lah bday celebration kat sekolah dia. Takde la besar-besaran pun. Ala kadar jer.... Yang penting janji dilunaskan. Anak2 ni kalau kita berjanji tapi tak ditunaikan mulalah......Lagipun amatlah tidak baik kalau tidak menepati janji.... Aku pun paling tak suka org yg mungkir janji nie.....

Malam tu gigh aku nak wat goodie bag....

Antara biskut yang akan ambik tempat dalam goodie bag
Chipsmore, Chipsmore wafer, Oreo, Apollo wafer & soya bean

Nala..... punya cantiknya goodie bag Boboy....
Meriah color kan...
Aku ambik sikap berjimat cermat
Aku recycle paper bag orang kahwin.....
pandai aku berjimatkan.......?????
Suka tengok kanak2 ceria, gembira
Kawan2 sekolah Boboy ramai India....
Malu-malu lak nak bagi wahai Boboy.....
Kawan sekolah merangkap anak jiran depan rumah

lambatnya potong kek Boboy.....
Kawan yang kat depan tu sampai dah nak tidur.....
Meleh-leleh air liur ngadap kek tue....

Kita zoom kek dia.....
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

HAPPY BIRTHDAY MAHATHIR....
ni la kek yang dia nak sangat....
Adik ipar aku yang buat.....
Marvelous....

Ni pulak saje nak ulang tayang kek yang dia komplen kecik & tak sedap tue......

Tuesday, February 22, 2011

Kek Coklat Kukus Seharum Qaseh......

Assalamualaikum....

Gebu tak........................?

Salam malam...... 3 hari jugak aku tak update n3 baru. Sibuk betul la...... Hari Jumaat malam makcik (nama glamer uteh) datang rumah. Tidur kat rumah mak aku la.... tapi mentelaah rumah selang sepintu ni rasa cam Uteh tu datang umah aku jer. Macam biasa la, kalu makcik2 aku dtg, walaupun tidur kat umah mak tapi bab makan2, minum2 mesti kat umah aku. Sebab......... mak aku kata biarlah anak sediakan makanan untuk mak2...... Mak2 nak menyembang...... Macamlah Uteh aku tu duk jauh sangat. Dia duk kat Batang Kali jer....

Malam tu masak yang simple jer. Nak cepat. Sambil menyembang tu aku masak la Kek Coklat Kukus kegemaran cousin aku untuk sarapan esoknyer.....Kali ni aku tukar resepi. Selalu tu guna resepi yang dah biasa sgt aku buat. Tapi kali ni aku guna resepi yang aku dapat kat rumah Hana's Family. Asal dari Teratak Chetam. Memang sedap sesangat. Cousin aku tu siap mintak tapau lagi. Kalau dia tak mintakpun aku konpem bagi kan...... Aku tak buat topping pun......

Sajer jer aku tukar sikit nama kek tu. Nak bagi glam sikit...... hehehehe. Bagi sesape yang belum try tu baiklah uolsss try. Tak rugi yer.... Hana saya C&P yer.....

Bahan-bahan
  1. 1 cawan gula pasir
  2. 1 cawan serbuk kok
  3. 1 cawan susu cair @ susu segar (aku guna susu segar)
  4. 1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
  5. 1/2 cawan susu pekat manis
  6. 1 1/4 cawan tepung gandum
  7. 1 tsp baking powder 
  8. 1 tsp soda bicarbonate
  9. 3 biji telur
Cara-cara
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.

Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.

Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je)
Tutup loyang dengan aluminium foil (aku tutup dgn tuala) agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .

Sedia untuk disantap.......
 
P/s: Aku suka bila makanan yang aku masak orang makan habis..... Puas hati sangat....

Friday, February 18, 2011

Sayur Mak

Assalamualaikum....
Salam Pagi Jumaat yang penuh keberkatan.... Tetiba jer hari ni aku sempat upload n3 sebelum gi kerja. Aku bangun awal ker atau aku tak masak hari nie..... hahahaha

Just nak share satu sayur yang dah agak lama sebenarnya aku masak. Nama seperti tajuk n3. Ini bukan sayur mak aku, walaupun ianya adalah antara sayur kegemaran beliau. Aku pun heran sangat ngan nama sayur ni. Macam takde nama lain kan..... apa2pun sayur nie sedap

Aku agak2la kan mak si penanam sayur ni suka makan sayur ni kot. Ataupun si penanam sayur ni namanya Mak Siew Fong..... hahahha sesuka hati aku jer kan

Ni lah rope sayur mak nie
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

Lebih kurang macam salad......
Mungkin jugak adik beradik lain mak lain bapak dgn salad kot....

Rupanya lepas di celur...

Sayur Mak yang dah di masak & sedia untuk di santap....

Cara nak masak sayur nia amatlah senang sekali. Sama macam sayur siew pak choy yang aku masak dulu tu. Nak tahu rajin-rajinkan klik kat sini

Tuesday, February 15, 2011

segmen BA-Err.. Hye.. Saya Blogger Baru

Assalamualaikum....

Salam malam. Tadi saja-saja jalan kat blog blogger femes En BA & terjumpa 1 segmen ni yang menarik minatku. Err .. Hye.. Saya Blogger Baru. Bila baca syarat2 memang terus leh join la.... Untuk tahu lebih lanjut sila ke sini

Monday, February 14, 2011

Ikan Gelama Pisang & Bouquet of Roses

Assalamualaikum.....
Salam malam. Mungkin ada yang dah lena diulit Intan terutamanya sorang sahabat yang kat Mordialloc tue... Sweat dream beb......

Tadi masa menunggu EDH jemput kat office aku nampak sorang mamat ni berdiri melekat kat dinding. Dalam hati.... awatlah mamat ni. Pastu terjenguk-jenguk. Kepala dah macam kura-kura kejap jenguk kejap masuk.... Aku ni dok ler perhatikan si mamat ni. Sib baik dia tak perasan kalau tak mesti dia ingat aku syiok kat dia lak kan....

Tak lama lepas tu kuar lah sorang minah ni. tersipu-sipu jer aku tengok. Samapi jer kat mamat tu, mamat tu pun kuarkan a bouquet of roses...... eiiii bestnyer. Aku lak yg jd cam kura-kura terjenguk-jenguk. 12 kuntum roses...... bestnyer....Siap berangan kejap. Bahagianya kalau EDH sampai ngan bouquet of roses tu.... almaklumlah, dah 13 kahwin aku tak pernah dapat bunga dari dia..... sobsobsob.... sedih. Nak wat camner, dapat somi tak romantik....... Belom habis berangan, EDH dah sampai......

Sebelum sampau rumah, singgah kat pasar tani dulu. Nak beli ikan. Aku ni standard lah beli ikan kembung, selar, tongkol, tenggiri, merah & cencaru. Hari ni mamat jual ikan tu introduce ikan baru kat aku. IKAN GELAMA PISANG. First time aku dgr nama ikan ni. Baik punya promote. Aku siap tanya nak masak apa ikan tu...... Goreng pun sodop.........

Aku memang percaya giler cakap mamat tu & hasilnya.....
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

Sedap uollssss......
Habis licin we all makan berempat.....

Sunday, February 13, 2011

Daging Masak Kicap

Assalamualaikum......
Salam petang Ahad. Dari tadi nak upload en3 tapi tak sempat. Hari ini kita bersiaran dengan entry masakan ye kawan2. Hari ni just masak tuk breakfast sbb tengahhari ada jemputan kahwin kat rumah ex-kawan kerja EDH. Anak dia kahwin so, lunch ni tak payah ler masak. Aku suka sangat...... hahahaha

Just nak tayang gambar masak kicap daging semalam. Dah puas aku berfikir nak masak apa last-last ini yang aku masak. Anak-anak suka sangat lauk ni.... Aku pun suka gak masak..... senang & simple. Jom lah kita layan resepi mudah & senang ni. Khas untuk mereka yang seangkatan dgn aku yang tahu masak simple2 nie....

Bahan-bahan:-
  1. 600g daging batang pinang
  2. 3 ulas bawang putih di hiris halus
  3. 3 ulas bawang merah di mayang
  4. 1 inci halia di hilris halus
  5. 1 biji bawang besar di potong bulat
  6. 1/2 sudu besar lada hitam ditumbuk
  7. 3 sudu besar sos tiram
  8. 2 sudu besar kicap manis
  9. 2 sudu besar kicap pekat
  10. 1/2 makan tepung jagung
  11. sedikit air asam jawa
  12. Garam secukup rasa
  13. Air secukupnya
  14. 3 sudu besar minyak masak
  15. 1 pokok daun bawang
  16. 3 ulas cili besar merah

Cara - cara nak masak:-
  • Potong daging, basuh & toskan.
  • Panaskan minyak & tumis bawang putih, bawang merah & halia sehingga naik bau. Masukkan daging kacau hingga rata. Masukkan air & tutup. Tunggu sehingga daging separuh empuk.
  • Masukkan lada hitam, sos tiram, kicap manis, kicap pekat, air asam jawa, tepung jagung & garam.
  • Masak hingga kuahnya pekat. Masukkan bawang besar, cili merah & daun bawang. Balik-balikkan & angkat
  • Sedia untuk di hidangkan........

Zoom sikit.....
Selamat mencuba

Saturday, February 12, 2011

Nak Murah Sangat

Assalamualaikum.....
Saje bagi mood tenang dengan gambar kat atas tu. Aku suka suasana cam tu. Tapi kat KL ni konpemlah takde kan..... Hari ni, hari rileks kat umah. EDH ngan program paintball yang tak pernah habis. Kembar kat rumah nenek. Tinggal aku berempat jer kat umah.

Thanks pada yg gigih teka harga keropok keping kat entry aku yang sblm nie. Hahahahaa.... Kat my FIL di jual RM20 jer.... Tu yang my FIL kata "mu cakap loghat KL memang ler dia letok rege maha". Betul ker macam tu ek....? Nak beli keropok pun mcm tu ek....

Tetiba jer aku teringat kat cerita kawan aku masa kat UiTM dulu. Masa tu memang aku tak percaya pun tapi bile aku dah terkena nak kata apa kan..... Percaya jer lah. Kata kawan aku tu, kakak dia pergi kelantan ngan kawan2 dia. Diaorang dah kata kalau nak barang murah kena cakap slang kelantan. Bile sampai kat pasar khadijah:-

Pembeli: Mokcik pele ni bape sekilo. (sambil tunjuk kat buah mangga)

Makcik: Pele korok mu. (Tetiba jer marah dan terus membebel......)

Pembeli: Mokcik ni nape nok maroh. Kami Nok beli jer. (Konpius)

Makcik: Ni buoh pauh buke mace mu kecek tadi

Pembeli: Ooooooooo..... (Malu sambil gelak berjemaah)

Aku ni tak nak same thing goes to me, sbb tu aku cakap macam biasa jer. Siap kena marah sebab nak sangat barang murah tapi kalau mahal sangat pun memang tak patut kan. Apa pulak bezanya org luar ngan org sana kan......

Selalunya kalau aku balik Dungun, tempat aku beli keropok lekor mestilah kat kedai Makcik Rokiah (Keropok cap kapal layar) kat Kg Chendor Sempadan, Kemaman. Makcik jgn risau ye, saya bagi iklan free kat makcik sbb makcik baik, berniaga jujur. Saya guna loghat biasa pun makcik bagi harga sama dgn org guna loghat T'ganu.

Ni lah kedai makcik tu......
Selain keropok lekor & keping macam2 produk hasil laut dia jual.
Keropok dia memang sedappppppppp
Masa we all sampai tu, keropok dah habis tapi dia boleh buat kalau we all nak tunggu
Memang lebih 1 jam we all tunggu
beli mestilah banyak sbb ramai yang dok mengirim
Boboy pun dah jemu menunggu

Motip pulak aku letak gambar pantai kat sini
Motip jugak aku asyik bagi iklan free nie.....

P/S: Rasa2 kalau aku buka business keropok lekor kat KL ni ok tak.............?

Thursday, February 10, 2011

Ikang Takdok Le Nie.......

Assalamualaikum......
Masih terasa meriahnya sambutan CNY kat tempat / office uolssss..... Kat office aku ni, ramai lagi yang masih beraya. Macam kita gak, they all pun nak bercuti lama masa CNY nie.....

Aku masih nak bercerita tentang balik kg EDH hari tu. Lepas balik dari makan gulai we all singgah kat rumah Mok Long. (Mak sedara EDH) kat Pulau Rusa. Jgn tanya aku asal usul nama kg ni tapi aku agak lah kan, mesti banyak rusa dulu kat sini. Mesti org kg kenyang makan rusa dulu2kan..... (melalut jer) One thing yg aku nak share dgn uollss, kegiatan ekonomi kaum ibu kat kg ni adalah menenun songket.

Lepas pekena kepok lekor, solat & mandi bg anak2 kecik ni we all nak balik Dungun dah. Seperti yg memang dah jadi kebiasaan, kalau tak buat tu rasa macam ada yg tak kena  dalam perjalanan balik tu kat kiri kanan jalan ni banyak betul gerai2 keropok lekor & hasil laut yang lain. Tak ketinggalan juga gerai2 menjual jagung.

 Sedikit foto untuk menjamu selera mata .....
Ketenangan pantai.....
Nampak jugalah ombak2 ganas menghempas pantai

Aku suka sangat gambar nie
Walaupun aku snap tak menggunakan DSLR
(Bang, takkkan tak faham kot....?)
Mendamaikan....

Seperti dah dijangka selalu we all akan berhenti kat Marang. Kat sini memang kepok lekor & keping nya sedap. Kalau uollss biasa kat jalan ni mesti uollss biasa melihat signbord ini. (Iklan free tuk tuan kedai) Tak mintak bayaran makcik.....

Ni lah nama kedai yang aku dah cakap tadi
TAWAKKAL 808
Keropok lekor & keropok keping dia memang marbeles
tapi.....
masa aku singgah tu keropok dah habis.................

Aku pun melangkah dengan penuh diva ke kedai sebelah. Dgn sepek mata besor yg beli kat PS Butik bertanya "kak, keropok keping yang takde tulang ada......?"

Tuan kedai: Ada. Hok yang nie....
Aku: Sekilo bape RM?
Tuan kedai: 30 riya....
Aku: Ha..... mahalnya. Tak pk panjang pun, tak pe lah kak.....

Aku gi bg tau kat FIL yg setia menanti dlm kete. Dia pun gi tanya...... korang rasa bape RM tuan kedai tu jual kat my FIL............?

Wednesday, February 9, 2011

Makan Gulai @ KT - Teringat Dewan Makan kat TAHAP

Assalamualaikum........

Akhirnya dapat gak aku update entry nie. Aku pun tak tahu nape aku nak sangat update citer ni. Sebenarnya takde apa yg menariks sgt pun..... Makan Gulai aka makan pulut...... Dulu masa mula2 kahwin, aku memang pelik sangat2 biler FIL ajak gi makan gulai. Heran sangat aku. Takkan kat sini pergi umah org kahwin makan gulai jer takde nasi ker.....(dalam hati dok terfikir ler....) Hahhahaha...... Kesian betul masa tu. Bukan tu jer, banyak sangat bahasa they all yang aku tak faham. Hatta, sekarang pun ada lagilah yang tak faham.......

Hari Sabtu 5/2 bersamaan birthday EDH..... Happy birthday bang.....!!!! Apa hadiah untuk I...? kitaorg gi KT. Ada kenduru kahwin sedara EDH. Dari Dungun nak sampai KT dekat 2 jam jugalah..... Agak jem hari tu. Sampai aku tengok ada 2 khemah besar yg dah bertanda  tempat makan lelaki & yang 1 lagi mestilah tempat makan perempuan. Dah macam kat dewan makan TAHAP dulu2 pulak. Makan kena asing2 tempat.

One of pakcik EDH ajak makan kat beranda dapur umah. Tu gambar kat atas tu. Apa lagi we all buat macam kat umah sendiri jer..... Sedap lah kami menjamu mata selera. Main menu mestilah gulai lembu yang dimasak dgn they all punya rempah tersendiri. Sedap uolsss..... Pastu ayam masak merah, Acar, Labu & nasi hujan panas. Variasi lauk they all memang tak banyak macam kenduri kat kg aku.....

Macam makan nasi tapi takde lauk jer.....

 EDH kalau dapat makan gulai lembu memang x memandang kiri kanan dah.....
Baju hijau tu my FIL

Boboy pun bersemangat waja makan gulai lembu.....

Kami tak tunggu pengantin bersanding sebab.....................
Bersanding pada jam 3 petang........

Satu lagi perkara yang aku nak kongsi, kat sini bunga telur / cenderahati tu tak semua org dapat. Sesiapa yang pergi bersalam dgn tuan tanah kedaung kat atas rumah sahaja yang akan dapat. Kanak2 lagilah kan... memang tak dapat ler..... Time ni lah si Boboy sibuk nak kan benda alah tu...... Hish geram betul. Siap compare lagi.... kat tempat kita, mesti dapat kan Ma. Org kat sini kedekut......... Hish malu aku di buatnya. lain kali kalau nak gi kenduri lagi aku kena sediakan goodie bag tu kat umah ler..................

First Time Nak Join GA

Assalamualaikum......

First time aku nak join GA ni..... Dapat info dari blog mamayana. Thanks ya mamayana.....! Saja nak mencuba nasib. Mana tau ada rezekikan...... Sapa2 yang nak join meh lah kita pergi ke Nanie's Passion. Syaratnya teramatlah mudah..... Kalau nak tahu syaratnya silah ke sini sekali lagi......

Monday, February 7, 2011

Geramnya Aku.....

Assalamualaikum.....

Geram betul aku dengan broadband aku yang sedang buat hal ni..... Entahlah apa masalahnya. Nak kata tak bayar, dah bayar. Apa penyakitnya aku pun tak tahu. Campak kat longkang ICU baru dia tau kot..... Nanti aku juga yang problem.... nak kena beli baru pulak....

Dari Dungun sampai ke Selayang masalah problem dia. Aku ingat kat Dungun mungkin coverage tak berapa bagus kot tapi bila dah sampai Selayang macam tu gak mosykil aku ni. Terbantut lagilah aku nak menghupdate n3 balik kg nie.......

Banyak-banyak bersabar ye Puan Blog....... (motivasi diri sendiri...................)

Friday, February 4, 2011

Aku Bangun Sebab Terbau Wangi.........

Assalamualaikum.......
Salam petang Jumaat..... Uollss buat apa....? I tengah berehat-rehat kg kg halaman EDH. Ni baru nak update menu sarapan pagi tadi. Sebelum tu, kat sini cuaca pagi mak aih..... sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkk kalau ikutkan hati nak bangun dari katil tu memang idak ler...... Bangun pun sebab nak solat subuh...... Pas solat, aku sbgai menghantu menantu yg diredhai...... dengan tak malunya menyambung tidur.....

Sedar2 jer, aku dah terbau wangi dari arah dapur....(takde kisah mistik yer). Rupa-rupanya my MIL tengah berhempas pulas gigih menyediakan sarapan tuk anak menantu & cucu-cucu. Aku turun ke dapur jer..... semua dah ready to ngap.......

Kat sini (Dungun Terengganu) kalau wat nasi lemak tu, sambalnya adalah sambal ikan...... Dengan penuh keredhaan, aku menyantap satu pinggan penuh........ Ye la, kalau aku makan sikit kang, MIL kecik ati pulak. Mesti dia ingat dia masak tak sedap..... Kang tak pasal-pasal lak aku berdosa sebab mengecikkan hati ibu mertuaku...... Dah lah banyak lagi dosa lain yang nak ditanggung Jadi untuk tidak menambah dosa yang sedia ada, aku pun makan dengan penuh berselera. (Sebenarnya, memang nasi lemak tu sodapppppppppppp)
EDH jangan cakap ler, air tangan ibu..... Mana leh makan sikit-sikit.

Masak Lemak Telur Ikan Versi My MIL

Assalamualaikum.......
Salam bercuti, Salam Ceria.......
Selamat menyambut tahun baru cina.....
Hari ini Puan Wanida bersiaran secara langsung dari Dungun, hometown EDH....
Memang dah jadi kebiasaan, kalau cuti panjang jer memang we all jadi sirih pulang ke gagang ler......

Tengahari tadi sempena menyambut raya nie, my MIL masak lauk spesel ler..... Singgang adalah wajib yer....
Kali ni singgang ikan tenggiri. Yang Puan Wanida nak share petang ni Telur ikan masak lemak versi my MIL. Memangdangkan ai ni menghantu menantu yang terbaik di alaf ini, aku just tolong kacau2 apa yang patut jer ler..... Jom kita layan resepi ringkas my MIL tapi sedap woo......

Bahan-bahan:-
  1. 1/2 kg telur ikan tembakul (jgn tanya ikan apa ek....., aku pun tak tahu)
  2. Santan RM2 (Sekarang ni main beli santan yg dah siap proses jer)
  3. 2 Sudu besar cili blender
  4. 1 Sudu besar bawang blender
  5. 1/2 sudu teh kunyit serbuk
  6. 1 keping asam keping
  7. Garam
  8. Sedikit lengkuas
  9. Air secukupnya
  10. Daun kunyit
Cara - cara:-
  • Panaskan periuk. Masukkan bahan 2-9 menggunakan api perlahan. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan telur ikan & daun kunyit. Masak lagi lebih kurang 10 minit.
  • Sedia untuk di hidangkan........

Sedap..... boleh lah uollss cuba pulak ye..... Aku teringat satu ketika dulu, arwah ayah aku ta bagi itaorang adik-beradik makan telur ikan ni. Masa aku dah anak dara aka period barulah au dapat merasa. Arwah kata kalau makan telur ikan ni nanti jerawat banyak. Sama banyak dgn biji2 telur ikan tu..... Entahlah..... tapi Alhamdulillah, sampai sekarang jarang sangat jerawat mendarat kat pipi tembun aku nie...... betul lah kot.....

Thursday, February 3, 2011

Terima Kasih Dato' Seri Najib

Assalamualaikum....
Selamat malam. Layan cerita kelakar TV3 CJ7 ni sambil BW kat blog kawan2. Au suka sangat BW tapi agak malas nak update n3...... huhuhu

Semua orang dah sedia maklumkan apa yang berlaku di Mesir..... Aku sangat2 bersyukur dan berterima kasih dengan Dato' Seri Najib PM kita sebab bertindak pantas membawa pulang rakyat kita yang berada di sana. Sama-samalah kita berdoa agar semuanya selamat...... Semoga Dato Seri Najib akan terus berusaha demi kebajikan rakyat Malaysia......

Tuesday, February 1, 2011

Yang ni pun aku takkan dapat

Assalamualaikum.....

 Hari ni aku bercuti. Hari Wilayah..... Bestnyer. Hari ni gak aku kena melunaskan janji pada si Boboy. The next n3 aku stori ek..... Bersambung lagi cerita CNY aku ni. Cerita sblmnya kat sini. Bile dah dekat2 CNY ni, banking hall memang bz ler. Tak tahulah untuk thn nie.....

Aku ni merangkap pramugari dalam branch ni kehulu-kehilir. Duk depan sekali memang orag yg masuk akan jumpa aku dulu. So aku ramailah kenal customer2 ni.... Lagipun 10 tahun aku kat branch ni. Senario yang biasa sgt bile nak dekat CNY ni.... customer hantar berkotak2 limau. Sampai boleh buat mandi... hehehe

Morning leng loi....( yg best nya kat branch ni, dah tua pun tetap they all panggil leng loi.....) bangga sat. Ini u punyya angpow. Bagi sorang satu arr..... Bila angkat muka.... Oh Dato' DEF. Thank You. Happy New Year.... sambil senyum kambing. Kambing pun tak pernah senyumkan (Dato' ni punya angpow boleh buat beli emas kat Habib 2 pasang baju dry cleaning kat Gulatis....

Pas2 dapat lagi..... Amoi. Uollsss berapa orang? Aku jawab dgn malu2 kucing.... kucing tau malu gak ek 16 orang. U campur guard sekali ar..... Baik hati dia nie..... Thank you Mr GHI.... Happy CNY. Angpow dia leh tahan.... kalau 19 customer bagi mcm dia ni dapat aku beli Panasonic Lumix yang latest.....

Tengahari sikit...... Mau lunch arr leng loi..... Ini bagi sorang satu...... Thank you Mr JKL..... Happy CNY. Ini konpem warna merah..... Ang ma....... hahahaha  Dah every year dapat so dah boleh tau they all biasa bg berapa

Tak lupa gak Mr MNO yang tak pernah lupa bagi sejak 9 tahun yg lalu. (1st yr aku kerja tu CNY dah lepas)....... Tapi dia ni akan bg personally...... one by one.... lepasla tuk lunch....

Selalunya senario ni happen 2 hari sblm CNY sampai la hari Chap Goh Mei...... Itulah yang aku tak rasa dah tuk tahun nie..... Takdelah baju Gulatis, hancurlah harapan tuk Lumix yg latest.....