Showing posts with label Malay Kitchen. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Mystus Spp Yang dah Tak Bersungut

Assalamualaikum....

Hari ni hari Khamis, 14/7/2011....
Apa masalah aku, aku pun tak tahu....
Semua orang tahu lah hari ni hari Khamis....

Mystus nigriceps
        Credit to Mr Google.....

Korang kenal tak ikan apa nie....
Dulu masa aku kecik2 selalu aku makan
Arwah Atuk aku suka tahan tajo (sejenis pancing juga, tapi tak yah tunggu, letak malam kat sungai, esok pagi2 pergi angkat)
Arwah Opah aku lah yang jadi Chef tersohor....
Masak Ikan ni 

Kalau di hitung memang dah lama bebeno aku tak merasa ikan ni....
Baru2 ni aku gi Pasar Pagi Batang Kali
Adalah jumpa orang jual ikan ni...
Harga boleh tahan ler RM20 per KG....
Aku beli sekor jer, ramai yang tak makan...
EDH memang pasti ler, Bonda aku pulak memang tak makan spesis ikan yang bermisai ni...
Tak suka katanya.... Patutlah arwah ayah aku dulu tak pernah simpan misai..... hehhehe ada kaitan ker.....?

Dah panjang membebel.....
Ni lah Ikan Baung atau nama saintifiknya Mystus Spp. Apa ke pelik benor nama saintifik ko ni Baung....? Dulu (asyik cerita dulu lagi) Bonda aku selalu cakap ngan adik yang lelaki tu.... mulut tu tak reti nak diam asyik bersungut jer macam ikan baung.... Aku memang tak pastilah ikan baung tu bersungut ke tidak.... Yang aku beli tu dah tak bernyawa......

Rajin aku mengoogle perihal ikan baung ni.... Ikan ni tergolong dalam katagori ikan air tawar dan banyak terdapat di negara2 ASEAN. Yang duk kat Melbourne tu jangan harap nak jumpa, Balik Kg New Zealand nanti jer la makan nye yer.... Jangan pulak mengajak Amjah memancing kat sungai2 yang kalau ada kat mordialloc tue.... Kalau korang nak lebih info silalah ke SINI

Kat Pasar Batang Kali ni banyak aku jumpa ikan2 air tawar ni... Sayur kampung memang lah sangat banyak. Balik tu, cepat2 aku mencapai senduk periuk nak masak.... tak sabar2 rasanya....  Kejap jer dah siap.....
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

Ikan Baung Masak tempoyak.....
Tolonh jangan bosan, menyampah atau yang seangkatan dengannya...
Bukan apa, asal bersiaran jer cerita pasal tempoyak...
Nak buat camner, itu jer yang aku tahu.....
Hehehehehe

Saja jer nak tepek resepi, mana tau ada yang nak kefr....

Bahan-bahan:
  1. Ikan baung yang telah di potong dan dibersihkan. kalu tak tahu potong, suruh jer org yang menjual potongkan
  2. 15 ulas cili api
  3. 2 senduk tempoyak
  4. Garam secukup rasa
  5. Daun kesum
  6. Bunga Kantan
  7. Terung telunjuk
  8. Air
Cara Nak Masak:-
  • Tumbuk cili api sehingga lumat. Orang kg aku buat gulai tempoyak tak letak bawang, katanya hilang manis tempoyak tu....) I follow.....
  • Masukkan semua bahan kecuali terung kedalam periuk.
  • Masak dengan api sederhana.
  • Bila dah mendidih masukkan terung. Tunggu sampai terung masak pastu angkat.

Selamat menjamu selera.....!!!!!!!

Saturday, May 28, 2011

Sambal Tempoyak Dengan Terung Pipit

Assalamualaikum.....

Salam bertemu kembali lepas sebulan aku menyepi.... Ceh..., siap ayat2 cung lagi. Sedar tak sedar rupanya dah sebulan aku tak menghupdate. Bukan malas tapi memang tak sempat betul.... Sibuk kat opis tambah sibuk kat umah..... hehehehehehe.... mcm sibuk sangat kan)D;

Last en3 aku pasai lauk best biler EDH takde kat umah. Ni bila aku update still berkisar dgn tajuk yg lebih kurang sama. Tlg jgn buhsan yer uollssss..... Ngam2 time aku ada masa nak update tu ngan time EDH takde kat umah. La ni plak dia ada program Belia 1Malaysia....

So, apa lagi.... makanan yang terbaik dan terhebat kat umah ni bila EDH takde apa lagi.....
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

 Sambal tempoyak....
Kali ni aku tambah ngan terung pipit aka terung manggo (Kalau kat Raub ler) or terung rembang.....
 Sedap uollsss..... bersereka betul makan ngan nasi panas
Anak2 memang suka sesangat.....

Jom layan resepi simple aku nie.....

Bahan-bahan:-
  • 15 ulas cili api di tumbuk
  • 1 biji bawang besar dihiris sederhana tebal
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 100g ikan bilis yang dah di kopek
  • 50g ikan bilis satay
  • 100g terung pipit (agak2 pun boleh. Suka banyak isi ler banyak)
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
Cara-cara nak masak:-
  1. Terung pipit di belah dua dan direndam. Kalau tak rendam nanti terung tu akan lebam.
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan. Pastu goreng pulak ikan bilis satay. Angkat juga.
  3. Tumis bawang merah yang telah dihiris. Masukkan cili padi yang dah ditumbuk. Tumis sampai naik bau. Masukkan Terung pipit. Balik-balikkan....
  4. Masukkan tempoyak. Tambah air sedikit. Kalau nak cair tambah lebih sikit. Masukkan garam & gula secukupnya. Perlahankan api dan tunggu sampai timbul minyak.
  5. Bila tempoyak dah cukup masak masukkan ikan bilis dan tutup api. Lepastu masukkan ikan bilis satay. So, ikan bilis tu sentiasa ranggup. Selamat mencuba kawan-kawan...

Close up.....
Sambal Tempoyak Dengan Terung Pipit

Saturday, April 23, 2011

Lauk Best Bila EDH Takde Kat Rumah

Assalamualaikum......

Selamat Hari lahir buat Sahabatku Nor Rafyd & Selamat Pengantin Baru buat Suhana Nan. Mintak mahap banyak2 sebab tak dapat datang yr big Day Su...... Semoga jodoh berkekalan hingga hujung nyawa....

Aku tak dapat nak pergi majlis Su sbb EDH OS ke PD. Biasalah,, dia dgn program Paintball tu. Nak buat camner..... Aku pulak kalau EDH OS mesti lah balik rumah mak aku. Macam jauh sangatkan.... selang sebuah jer dari rumah aku.... hehehehehe. Best dari pagi sampai malam melepak kat rumah mak...... Malam baru balik rumah.....

Satu lagi kewajipan aku, bila EDH OS aku memang masak makanan feveret aku aka makanan yang EDH tak boleh nak makan hatta bau pun dia tak boleh.... Jeng....jeng....jeng....
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

 Sambal Tempoyak Mentah....
(Semalam aku masak sambal tempoyak dengan petai)
Aku pun tak faham nape EDH boleh tak makan tempoyak.....
Punyal sedap, tambahan pulak sekarang ni kan musim durian
tempoyak semua fresh.....
Dalam peti sejuk Cik Biah aka mak aku memang penuh ler tempoyak

 Makan pulak dengan ikan pelaling goreng....
Fuhhhhhhh....... memang terangkat...

 Untuk anak-anak sup sayur dengan fishball.....

Tambah pulak dengan terung bulat masak taucu...
Air tangan mak aku ni....
Memang marvelous........

Tengahari esok aku nak masak apa pulak erk.........
Masa EDH ada kat rumah boleh gak tempoyak ni tapi aku kesian lak kat dia..... Boleh sakit kepala bila terbau tempoyak. Nasib baik anak2 aku tak mengikut jejak langkah dia.......

Friday, April 1, 2011

Terung Sambal & Terlepas la pulok

Assalamualaikum.....

Dah dekat-dekat nak bersawang kat sini. Lama gak tak update. Lama tak BW. Sampai terlepaslah peluang aku nak bergaya dengan cup cake carrier dr rumah TTM. Masuk-masuk jer blog dia dah ada pemenang pun.... huhuhu

Terlepas gak peluang nak menambah corelle. Sebelum ni beremail-emailan dgn TTM guna email opis tup2 dari Khamis lepas sampai tengah hari tadi IT block semua email dr luar. Boleh guna internal jer.... grrrrrr...... Tapi kalau ikutkan memang betulla kan..... email opis guna untuk kerja sahaja bukan untuk personal..... hehehe.....

Just nak share dgn uolss resepi mudah, senang, cepat. Ni memang khas untuk yang seangkatan dgn aku sahaja. Ibu muda beranak 5 yang berkerjaya dan tak melupakan tugas2 rumahtangga.... (ayat tak boleh kalah.... tak nak ngaku malas....)

Terung masak sambal. Aku & EDH suka sangat terung sambal ni. Berselera we all berdua menjamu mata selera. Kepada yang baru-baru nak belajar memasak terung sambal tu sila-ailakan lah yer.....

Bahan-bahan:
  • 2 biji terung bersaiz sederhana
  • Sedikit ikan bilis
  • Sedikit belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar cili giling
  • Gula & garam secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng & menumis
  • Sedikit air
Cara-cara:
  • Potong terung secara menyerong. Jgn tebal jgn nipis sangat.
  • Panaskan minyak & goreng terung sehingga layu.
  • Selepas tu goreng ikan bilis sampai garing & ketepikan.
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah & belacan.
  • Panaskan minyak lain, tumiskan bahan yang di tumbuk & cili giling sampai garing.
  • Masukkan garam, gula & sdikit air.
  • Masukkan terung, kaup balik & angkat.....

Closed up sket.....

Friday, February 4, 2011

Aku Bangun Sebab Terbau Wangi.........

Assalamualaikum.......
Salam petang Jumaat..... Uollss buat apa....? I tengah berehat-rehat kg kg halaman EDH. Ni baru nak update menu sarapan pagi tadi. Sebelum tu, kat sini cuaca pagi mak aih..... sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkk kalau ikutkan hati nak bangun dari katil tu memang idak ler...... Bangun pun sebab nak solat subuh...... Pas solat, aku sbgai menghantu menantu yg diredhai...... dengan tak malunya menyambung tidur.....

Sedar2 jer, aku dah terbau wangi dari arah dapur....(takde kisah mistik yer). Rupa-rupanya my MIL tengah berhempas pulas gigih menyediakan sarapan tuk anak menantu & cucu-cucu. Aku turun ke dapur jer..... semua dah ready to ngap.......

Kat sini (Dungun Terengganu) kalau wat nasi lemak tu, sambalnya adalah sambal ikan...... Dengan penuh keredhaan, aku menyantap satu pinggan penuh........ Ye la, kalau aku makan sikit kang, MIL kecik ati pulak. Mesti dia ingat dia masak tak sedap..... Kang tak pasal-pasal lak aku berdosa sebab mengecikkan hati ibu mertuaku...... Dah lah banyak lagi dosa lain yang nak ditanggung Jadi untuk tidak menambah dosa yang sedia ada, aku pun makan dengan penuh berselera. (Sebenarnya, memang nasi lemak tu sodapppppppppppp)
EDH jangan cakap ler, air tangan ibu..... Mana leh makan sikit-sikit.

Masak Lemak Telur Ikan Versi My MIL

Assalamualaikum.......
Salam bercuti, Salam Ceria.......
Selamat menyambut tahun baru cina.....
Hari ini Puan Wanida bersiaran secara langsung dari Dungun, hometown EDH....
Memang dah jadi kebiasaan, kalau cuti panjang jer memang we all jadi sirih pulang ke gagang ler......

Tengahari tadi sempena menyambut raya nie, my MIL masak lauk spesel ler..... Singgang adalah wajib yer....
Kali ni singgang ikan tenggiri. Yang Puan Wanida nak share petang ni Telur ikan masak lemak versi my MIL. Memangdangkan ai ni menghantu menantu yang terbaik di alaf ini, aku just tolong kacau2 apa yang patut jer ler..... Jom kita layan resepi ringkas my MIL tapi sedap woo......

Bahan-bahan:-
  1. 1/2 kg telur ikan tembakul (jgn tanya ikan apa ek....., aku pun tak tahu)
  2. Santan RM2 (Sekarang ni main beli santan yg dah siap proses jer)
  3. 2 Sudu besar cili blender
  4. 1 Sudu besar bawang blender
  5. 1/2 sudu teh kunyit serbuk
  6. 1 keping asam keping
  7. Garam
  8. Sedikit lengkuas
  9. Air secukupnya
  10. Daun kunyit
Cara - cara:-
  • Panaskan periuk. Masukkan bahan 2-9 menggunakan api perlahan. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan telur ikan & daun kunyit. Masak lagi lebih kurang 10 minit.
  • Sedia untuk di hidangkan........

Sedap..... boleh lah uollss cuba pulak ye..... Aku teringat satu ketika dulu, arwah ayah aku ta bagi itaorang adik-beradik makan telur ikan ni. Masa aku dah anak dara aka period barulah au dapat merasa. Arwah kata kalau makan telur ikan ni nanti jerawat banyak. Sama banyak dgn biji2 telur ikan tu..... Entahlah..... tapi Alhamdulillah, sampai sekarang jarang sangat jerawat mendarat kat pipi tembun aku nie...... betul lah kot.....

Sunday, January 23, 2011

Cucur Udang Simple

Assalamualaikum.......

Hari ni agak buzy sikit tak sibuk mana pun mana nak basuh baju, kemas umah, masak, lipat kain yang dah 2 tahun minggu tak berlipat, remind anak2 basuh kasut sekolah dan yang paling penting curi masa nak TIDUR. Dah setahun lebih, sejak Boboy umur 4 thn setengah aku mesti tidur siang kalau hari cuti. Bertahun2 tak merasa tidur siang..... Lain macam nikmatnya tidur siang nie.....

Hari jumaat tu, aku balik sendiri. EDH pukul 5.30 dah pergi Bukit Jalil ada paintball tournament -1st ever night paintball tournament sponsered by Energizer. Kali ni dia marshall. Heran aku, depa ni main painball malam2, masa hari khamis malam tu aku ikut EDH pergi tengok tempat tu, they all adakan perlawanan persahabatan antara my FM & Hot FM aku tak tau apa yg depa nampak dlm padang tu. Gelap....

Memandangkan EDH tak lunch kat umah hari ni, aku masak yang teramat simple. Sardin jer. Sesekali pekena sardin ni best gak.... Sajer aku masak lebih sbb nak try buat sardine bun mcm TTM tu..... Agak2 jadik ke idak bun aku tu ek..... Esok aku cerita...

Petang tu aku just masak nie.....
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

Cucur udang
Kuah tauhu sumbat yang itu hari ada lagi so rajin gak lah aku nak masak cucur ni
The best part aku rasa, EDH tanya aku beli kat mana cucur nie....
Sedap......

Dengan bangganya sambil tersipu-sipu malu aku menjawab.....
I masak sendiri la.....
(EDH ni jarang sesangat memuji masakan aku, tapi yang aku tahu kalau sedap bagi dia dia mesti makan banyak)

Aku nak gak share resepi yang simple but sedap bagi EDH nie.....

Bahan-bahan
  1. 500g tepung gandum
  2. 300g udang kertas
  3. 2 biji bawang besar di potong dadu
  4. Daun kucai (aku beli 50 sen jer)
  5. 2 sudu besar cili blender
  6. 1 sudu besar yis (aku guna maurippan)
  7. 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  8. Garam secukup rasa
  9. Air (aku lupa nak sukat. Bancuh jangan lembik / keras sangat)
  10. Minyak untuk mengoreng
Cara - cara nak buat:
  • Masuk kan bahan 1-8 dan gaul rata. Lepas tu masukkan air sedikit demi sedikit. Bancuh jangan terlalu keras / terlalu cair. Biarkan dalam 20 minit bagi ianya kembang.
  • Pastu bolehlah panaskan kuali. Goreng dengan api yang sederhana supaya janggan hangus aje acaknya idak..... Bila nak makan, potong2kan supaya senang ditelan.....

Senangkan..... Selamat mencuba

Friday, January 21, 2011

Orang Lain Yang Thaipusam Aku Pulak Yang Terlebih Enjoy....

Assalamualaikum.....

Semua orang dah tahu semalam hari thaipusam
banyak negeri yang bercuti
termasuk negeri tempat aku bekerja
Thanks a lot to Pak Lah sebab istihar KL cuti masa Thaipusam.....
Kalau tak punya lah hazab nak pergi kerja
ikutlah jalan mana pun mesti jem......
sampai habis roti sepanjang jln tu......

Semalam pas kemas umah ala kadar memang selalu pun ala kadar juga
aku gi ikut EDH menghabiskan duit yg tak berapa nak ada hujung2 bulan ni  beli barang2 paintball dia
Hujung minggu ni ada tournament kat Bukit Jalil
Tapi tak dapatpun apa yg dicari
stok akan sampai lepas raya cina
stok2 tu pun nak merasa raya gak cik abang oi.....
Dengan rasa kurang puas hati kita org balik jer la....

 Yang membuatkan aku kurang percaya
Tahun ni punya Thaipusam tak sesibuk tahun2 sblm nyer la
Kalau dulu2 sure jem teruk
tapi hari ni kurang banyaklah
Aku ni stay area batu caves so dah teror sgtlah
dengan fenomena Thaipusam ni
Mana they all pergi celebrate ek......?

Ni jer juadah alas perut yang aku mampu nak sediakan petang semalam
(Lunch mak aku dah masak, so pandai2 la kan.....)

Tauhu Sumbat
(mcm lah korang tak tahu kan)

Senang & simple
Memang sesuai sgtlah dgn aku yang terkenal dgn kurang rajin nie....

Petang tu, sempat lah kitaorang ke Bukit Jalil
tengok tapak projek yang juta2 tu persiapan akhir tuk
paintball tournament esok.....

Sunday, December 12, 2010

Aku rindu nasi lemak Nong.......

Salam Ahad......

Uolls masak apa breakfast pagi tadi....? 
Beli nasi lemak kat kedai dpn umah jer......
Hrmmmmm.... biasalah tu.... akupun selalu gak beli jer breakfast ni..... 

Hari ni aku agak terajin......
so aku masaklah juadah yg dah aku tayang awal2 kat atas tu...... Ada sebab tau nape aku merajinkan diri memasak nasi lemak di pagi Ahad ni....... 

1. Anak2 tak kisah aku masak apa asalkan kenyang.... (sbb utama)
2. sebab ke2..... NONG aku windu nasi lemak ko yg sedap tu.........

Aku ni sangatlah jarang memasak nasi lemak ni..... Dlm 2-3 tahun bulan adalah sekali itupun kalau ada permintaan...... Apa2 hal , aku rasa nasi lemak hari ni antara yang tersedap la kot.... sbb habis licin tak sempat menjelang tengahari...... 

Thursday, November 4, 2010

Kari sotong penat.......

Satu saat di waktu menjelang tengahari.......
Melangkah seorang wanita anggun lagi bekerjaya
dalam sebuah menara bank terkemuka di ibukota.....

Melangkah malas menuju jendela...
bukan jendela la.......

Sesudah habis interview......
Seorang wanita anggun lagi berkerjaya
ingin mencari tempat santapan diraja......
Berjalanlah dia seorang diri......
Lalu ternampaklah dia signboard yg memang dicari-cari
Melilau mencari tapi tak jumpa pintu masuk.....
Berhampiran dgn tangga ada seorang mamat indon cleaner nie.....

Dgn rasa rendah diri wanit anggun pun bertanya

Dik, mana jalan nak pergi tempat makan tu..... (Sambil menunjuk signboard)

Apa kakak cakap......? Saya tak faham

Kakak nak pergi tempat makan tu tapi mana pintu nya

OOOOOO...... cakaplah "FOOD COURT"...... (Indon loghrat Bangla.....)

(Ala.... mamat indon loghrat Bangla...... tempat makan x tau FOOD COURT tau laks.... berlagak tul)
Penat Wanita anggun lagi berkerjaya tu berjalan dari satu stall ke satu stall tapi tak satu pun makanan tu kena kat tekak dia. Baliklah dia dgn rasa penuh kelaparan......

Sampai kat umah, terus buka peti sejuk & masak jer apa yang ada....... Uolls rasa apa yg wanita anggun ni masak..................?
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
Kari sotong....... Jemput makan semua

Wednesday, September 29, 2010

Peria Udang Masak Belacan Cahaya Qaseh

Assalamualaikum.........

Aktiviti aku mlm2 mcm ni adalah blogwalking.........
Sbb kalau siang2 tu mmg x sempatlah......
Awal malam lak nak jd guru tuisyen........ hihihi
ajar anak2 wat kerja sekolah sbnrnya........

Ni aku baru jer blk dari umah BA
bile baca BA punya entry tu yg semangat nak update ni.......

Peria Udang Belacan Cahaya Qaseh ni aku masak tuk dinner mlm tadi. Simple jer aku masak. Nak cepat la katakan...... Peria ni dah 2 minggu aku beli kat Sri Ternak. Sib baik elok lagi......
Ni aku bg resepi tuk geng yg seangkatan dgn aku....... yg tak berapa reti nak masak ni....

Bahan-bahan
  1. Sebiji peria saiz sederhana di potong ikut bentuk apa yg korang nak
  2. 10 ulas cili api
  3. 2 ulas cili besar merah
  4. 2 ulas bwg putih
  5. 2 ulas bwg merah
  6. 1 biji bwg besar
  7. sedilit belacan
  8. garam secukup rasa
  9. sedikit gula menggantikan serbuk perasa
  10. 3 sudu minyak utk menumis
  11. 200g udang segar

Cara nak Masak
  • Rendam peria dgn garam utk mengurangkan rasa pahit.
  • Tumbuk bhn 2 - 7. Tapi ai tak suka lumat sgt...... cili tu nampak kasar2 jer
  • Panaskan kuali & minyak. Tumis bhn2 yg dah di tumbuk sampai naik bau
  • Masukkan udang. Lepas tu masukkan peria, garam & gula. Tambahkan sikit air. Tutup hingga peria lembut. (lembut tu maknaya dah masak ler........)
  • Angkat dan hidangkan bersama nasi panazzzzzzzzzzzzzz.......

Selamat mencuba............

Friday, August 13, 2010

Lala Qasehnya Mama.....

Assalamualaikum.....
Hari ke2 berpuasa. Hari ni Boboy puasa smpai kul 3 jer. Siap call aku ckp nak berbuka sbb x larat. Aku pun mmg x paksa..... baru 5 thn kan. Aku dulu umur 9 thn baru larat pose penuh 1 hari. Lg pun sian kat dia. Smlm melepek habis.....
Tapi pg tadi sblm gi sek siap ckp berbuka nak mkn lala....... Lepas hantaq aku g kerja EDH terus gi pasar cari lala. Sib baik ada yg besar. yg kecik sikit tu aku malas nak masak. Bkn apa masa cuci dah lah nak kena belek 1-1. Kalau yg ada pasir tu nak kena buangkan......

Ni lah rope lala yg sempat aku masak tadi.
Aku memang suka masak ni sbb senang......
Tumis bwg putih, bwg merah & cili yg dah di blend.
Titik serai 4 btg campak dlm kuali.
Dah garing masukkan lala.
Campak juga garam & sikit gula
Balik2kan.... Angkat.....
Ha....... senang betulkan....
Siew Pak Choy ni selalunya aku masak sos tiram tp hari ni ubah sikit. Tumis jer
(2 lauk ni jer aku masak) Ada ayam goreng tepung member bg tp lupa lak nak snap.

Satu lagi juadah femes kat umah aku. Roti john. Selalunya selang -seli ngan murtabak

Kuih koci dari member yg bg ayam goreng tepung. Murah rezeki dia bersedekah di bulan mulia ni....... Thanks so much!

Ayam ceti TTM tak berapa nak ceti

Assalamualaikum......
Salam Ramadhan untuk semua. Semoga kita sama2 melipatgandakan amalan kita. Hari first berbuka pose aku try lah masak ayam ceti TTM tp tak berapa nak ceti la...... Mcm tak jadik sangat jer..... Bila check emula resepi rupa2nya aku terlupa nak taruk jintan halus. Tapi ok gak lah. Anak2 aku makan ok jer.....

Ni lah dia ayam ceti versi Wanida........

Aku memang masak simple jer....... Ni sayur kacang buncis. (Mcmlah korang x kenal kacang bunciskan...... hehehe)

WAJIB tuk berbuka tapi....... aku heran gak ngape anak2 aku tak suka.....?

Juadah yang EDH beli kat Bazar Ramadhan....
Abby pesan beli tepung pelita tp yg di beli kuih tako.....

Murtabak..... antara makanan fofular kat umah ni time pose....
Yang ni x marveles sgt......
Yang besa beli tu kena berbaris panjang

Haaa......... ini citarasa puasa boy....
Keropok lekor.....
Ikutkan je..... maklumlah first time pose. Penuh lak tu....

Monday, August 9, 2010

Aku tak suka lauk ni...........

Assalamualaikum.....
Memandangkan hujung minggu baru ni aku tak sempat nak pi pasar borong selayang, so takde lah stok lauk tuk seminggu. Balik kerje tadi bergegas aku pi pasar tani beli lauk. Tak suka sgt beli kat sini sbb agak mahai...... Pastu tak byk pilihan. Sbb dah terdesak hantam sajalah labu......
Balik umah terus siang ikan & kopek kulit udang. Aku beli 2 lauk jer...... Tak berkenan sgt. Alkesah nak menyambut Ramadhan, tokeh kedai tu wat sales lah pulak. Ikan kembung rm8. Harga bisa rm12..... murah gak lah. Pastu udang rm17 biasa rm 2o.......
Ni udang yg aku beli tadik. Sekilo jer........ Tak lah besor sangat tp boleh lah.....
Memandangkan hari sabtu tu aku balik Perak, Pakcik aku meninggal dunia.... Al-Fatihah.....!
OTW balik aku singgah kat Ulu Yam Baru beli petai....... Petai dia fulamak cukup fresh. Lupa plak nak snap gmbr petai tu....... Since dah ada petai so aku decide.....(X tanya pendapat org lain pun)
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
Sambal petai dgn Udang. Terbanyak minyak lak. Penat lah aku membuang minyak tu. Smpai EDH ty, 'minyak murah ye Yang.....?'
Masa tengah makan aku sibuk cakap...... "Tak suka lah lauk ni......" berkali-kali lak tu.....
EDH kata..... kalau tak suka nape masak....? Masa tu aku tgh sedap mkn lagik......
Dlm tak suka tu abg tgk dah dua kali tambah...... hihihi
Tu lah sbb ai tak suka lauk ni....... dia buat ai mkn banyak........ huhuhu
(Habis diet aku yg memang dah kurang nak jadik ni......)
Salah saper.........................???????

Thursday, July 22, 2010

Ayam Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum.........

Sila lah masuk, umah tak berkunci

Lagipun tuan umah tengah sibuk kat dapur tu....

(Sib baik dia tak kuat lentang kan.....)

Uolllsss..... dah lunch ker?

Hari ni i lunch.... walla weh..... Sodap tu....

Actually, Ai masak ni pagi tadi sbb smlm masa blogwalking,

ai terbaca kat blog satu shabat ni,

dia makan masak lomak cili padi....

Ai ni memang tak boleh dgr.... tentang makanan yg sodap ni
Tapi takdelah ai gi Setia Alam nak gi makan.....
Ai masak sendiri jer lah.........
Sodap betul masak lomak cili api aku ni.....
Sajer jer aku tunjuk seperiuk kat korang.....

Ni memang sajer ulang tayang.....
Daun kunyit berenang2......

Wednesday, July 21, 2010

Ikan Merah Masak Taucu

Salam.....

Pagi ni aku bangun memang lewat giler..... Aku pun aku tak tau apa yg aku mimpi sampai x terjaga. jam tepon dah bunyi aku leh tutup semula. (aku takde jam loceng) Agak nya aku mimpi dah sampai kat melben kot..... tak yah sibuk nak masak pg2..... atau aku mimpi EDH bg aku duit 1/2 juta..... so leh mkn kat kedai hari2.....

Disebabkan kelewatan yg memang tak disengajakan...... nampak gayenya aku just masak makanan yg plg simplela........ Ikan merah masak taucu....... (dasar ikan merah, tulisan pun kena merah.... hihihi) Bertaichi aku kat dpur sowang2.... Punyalah lmbtnya ku bgun sampai anak2 gi sek pun tak bekpes..... Sian anak2 aiii.....

Amacam ok tak ikan merah masak taucu ai ni......?

Korang tau ker masak taucu ni....?

Kasi closed up sikit.......

Memang pantas sepantas kuda berlari aku masak dish pagi ni......

  • Goreng ikan yg dah dilumur ngan garam & kunyit

  • Tumis halia & bawang putih smpai naik bau.

  • Masukkan taucu (ikut suka hati uollllsss..... byk mana nak letak)

  • Masukkan air asam jawa

  • Masukkan cili besar

  • Masukkan timun & bawang besar

  • Masukkan sikit gula. Garam jgn masuk sbb taucu tu dah masin..........

  • Pastu masukkan ikan yg dah di goreng........ Balik2kan.... & angkat

  • Dah siap......

Haaa...... senangkan aku masak...... Sajer letak timun sbb dah tak sempat nak masak sayur. Timun pun byk khasiat. Kalau korang nak tau, masa aku kecik2 dulu..... mak aku mmg selalu masak yaucu tp letak ikan bilis jer...... tak letak ikan pun. Pastu kat kg aku panggil masak acar..... Pada yg lom penah try tu silah try........

Friday, July 16, 2010

Tiba2 aku jadi rindu......

Salam

Pagi tadi gigih aku masak kari ayam. Itupun sbb dah banyak kali anak aku request. Bukan susah nak buat tp ntah..... ngape susah sgt nak masak.

Oleh kerana keinginan yg dah lama di pendam, akhirnya bila blk kerja tadi kari ayam tinggal 3 ketul jer. Puas hati mama....!

Kadar kemalasan tahap gaban yg melanda...... (aku malas nak masak lauk lagiiiiiii....) rezeki u EDH, dapat isteri 'come'l yg malas...... & rezeki anak2 gak dapat mama 'comel' yg lagi pemalas..... aku decide (kuasa veto di tgn aku.....hahaha) malam masak lempeng jer..... Tak kose lah haku nak uli tepung wat roti canai cam TTM tu......
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
cepat lagi pantas

Lempeng & kari ayam..... sedap u...... tapi.....
bila makan lempeng ni sure aku akan ingat arwah ayah aku. Dia suka sangat makan lempeng. Tiap2 pagi WAJIB makan. Dia makan tadak cicah2.... Kari bukan makanan dia. Dia tak suka makanan yg ada unsur santan...... Rindunya aku kat ayah aku......
AL-FATIHAH..........
Semoga rohnya dicucuri rahmat & tergolong di kalangan orang2 yang diredhaiNYA.....
Amin......

Wednesday, July 14, 2010

Gelang ke Keria.....?

Salam......

Tak tahu apa nak update blog tp nak update gak..... Kalau TTM tu ada jer idea dia....

Acctually, kuih feveret ni haku wat minggu lepas. Gigih haku bangun pagi melenyek keledek tuk wat kuih ni..... Siap bwk kat opis lagi buat amal jariah......hihihi
Rugi korang tak jadi colleague haku...

Selamat menjamu selera opps..... mata jer (Sarid, aku tak reti lg buat garis-garis tu, tak jadik pun.... huhuhu)

Dah ada yg terliur nampak..... Jaga2 jgn basah keyboard tu....Meh sini haku ajar korang camner nak buat....

Bahan-bahan

  1. Pastilah Keledek....

  2. Sikit garam

  3. Tepung gandum

  4. Gula

  5. Air panas

Cara Nak Buat

  • Rebus keledek campur sikit garam. Pastu tapis supaya air rebus tu kering. Kalau basah nanti kena guna tepung banyak. (tepung banyak nanti kuih tu keras)

  • Lenyek keledek

  • Campurkan tepung gandum sikit2 sampai jadi doh.

  • Pastu buat bulat2 kecik.... lepas tu buat bentuk macam gelang (aku siap snap gambar lagi ..... )sampai habis. Pastu terus goreng

Pas goreng..... panaskan kuali lain. Pastikan kuali takde kesan minyak. Masukkan air panpanas dan gula. Tunggu sampai air gula samapai pekat atau likat pastu baru masukkan kuih tadi. kaup balik kuih tu. Tutup api & angkat.

Sedia untuk disantap.........(banyak betul perkaatan pastu haku ni.....)

Selamat mencuba

Sunday, July 11, 2010

Bihun Sup Makcik Kantin

Salam Petang Ahad......

Pagi tadi puas aku fikir nak masak apa utk lunch.....?
Tengok tv fikir..... jemur kain fikir....
Tetiba teringat kat bihun sup makcik kantin kita dulu.....
(Makcik kantin tu haku jumpa kat Uitm Pahang..... dia ambik tender cafe......)
Korang ingat tak makcik tu...... ala yg anak dia kembar along & angah tu.....

Jadi apa lagi..... kuarkan ayam dalam peti sejuk.....
dan haku meneruskan nawaitu memasak bihun sup

Ni lah rope bihun sup lunch aku tadik..... Ada gaya cam bihun sup dak.....? Cili aku taruk sikit je sbb pedas ko...... Sama cam cili bihun sup makcik tu dulu.... hehehe

Kalau korang nak rasa korang try lah resepi aku ni....

Bahan-bahan

  1. Ayam...... hatam jer ikut suka banyak mana nak letak
  2. Bihun
  3. Serbuk sup Adabi
  4. Sup bunjut Adabi
  5. Bwg putih
  6. Bwg merah
  7. Halia
  8. Air
  9. Minyak
  10. Daun sup & daun bawang
  11. Garam
  12. Cili api
  13. Limau kasturi

Cara nak masak......

  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih & halia sampai garing. Masukkan serbuk sup & air. Pastu masukkan sup bunjut. Tutup periuk tunggu sampai mendidih. Pastu masukkan ayam & garam. Dah masak angkat la......
  • Goreng bwg merah yg dah dimayang tadi tuk bwg goreng. Pastu masukkan bwg goreng kedlm periuk & tutup semula.
  • Blender cili api, 1 biji bwg putih & air perahan limau kasturi...... (ni tuk sambal kicap)
  • Bile nak hidang...... tabur sikit daun sup & daun bawang...............

Dah siap....... Senang kan......

Selamat mencuba

Saturday, July 10, 2010

Bawal Sweat Sour Cara Wanida

Salam......

Rajin sikit haku hari ni.... 2 entry dah ni.... Pagi tadi dgn semangat waja aku gi Pasar Borong selayang beli macam2 lauk stok seminggu. Senang...... Malam ni dgn tulus ikhlas haku masak lauk yang dah bertahun haku tak masak..... memang dasar pemalas kan......

Ikan Bawal...... yang lum jumpa pasangan hidup dia........ feveret gak ni..... Haku rasa sumer ikan adalah feveret haku..... Cun tak ikan haku ni

dah di transform bile jumpa pasangan hidup.....
Senang jer nak masak ni tapi haku pun tak tau lah nape malas sangat nak buat.....
Kalau tak caye cuba tgk cara aku masak ni..... memang senang

Bahan-bahan

  1. Ikan bawal
  2. Kunyit serbuk
  3. 2 ulas bwg putih
  4. 3 sudu cili kering yg diblender
  5. Sos cili
  6. Garam, gula secukup rasa
  7. Minyak masak tuk menumis
  8. Air asam jawa
  9. Sedikit air
  10. Segala macam sayur yg korang rasa nak letak..... (ai letak nenas, carrot,tomato, timun, bawang besar & cili besar - sepatutnya capsicum.....) semuanyer di potong dadu

Pastu......

  • Lumurkan ikan ngan serbuk kunyit & garam. Pastu goreng sampai garing. Angkat & letak tepi
  • Panaskan minyak. Masukkan bwg putih & cili blender. Tumis sampai naik bau & garing. Pastu masukkan air asam jawa, air, garam & gula. Biarkan mendidih. pastu masukkan sos cili.
  • Last sekali masukkan semua sayuran.... kacau sekejap...... pastu angkat. Sedia tuk dimakan........

Senangkan....... Selamat mencuba......!