Wednesday, June 30, 2010

My Hero.......

Salam.....

Ni jer rupa juadah dinner aku semalam. Nasi goreng sesimple yg boleh. Ada sebab yang "unsangkareble" nape aku masak santapan yang sebegitu simple.

Actually, aku nak masak ikan sambal. Sedang aku kusyuk-musyuk membasuh ikan tu..... "gedegang" bunyi benda jatuh. Aku pun jerit2 manja ala Rossa lah kat EDH 'bang, tengok anak dlm bilik tu, ada yg jatuh kot'...... habis jer aku ckp.... aku dgr depa dah berlari kuar bilik.... menjerit2... "mama, tgk adik.... tengok adik.... kepala dia berdarah."

Dgr jer camtu akupun basuhlah tangan berlari kedepan. Masyaallah...... Boboy jatuh katil 2 tingkat. Kepala berdarah2... meleleh2.... Lutu aku ni dah menggigil2.... tak ketahuan hala aku. EDH terus capai baju "cepat kita g klinik." mana aku nak tukar seluar lagi. masa tu aku pakai kain batik jer.... Hangin aku, cari seluar tak jumpa.... EDH dukung boboy terus gi kereta. Aku capai duit jer.....

Sampai klinik, sib baik tak jauh...... terus masuk bilik rawatan. Aku yg dukung masa tu sbb EDH parking kete. Letak dia kat katil tu..... Nurse tu kata "ni Mahathir kan.....". Glamer gak si Boboy ni.... bukan apa 26/01/2008 dia pernah dtg klinik gi jahit kepala sbb jatuh kat bilik air. masa tu 1 jahit jer.

Kali ni hambik kau..... Meraung2 dia kesakitan. Panjang jugak lah luka dia. Dapat 7 jahitan. Meronta, meraung, melalak..... semua ada lah. Darah jangan ckp lah.... banyaknyer.. darah kepala lah....budak pulak tu. Masa dia kena jahit menangis2 tu... aku pun terikut nak menangis. Sian anak aku..... Kang kalau aku nangis sure EDH membebel..... so tahan jgn tak tahan....

Cepat & pantas nurse & doktor tu wat kerja. Thank you so much!

Boboy lepas kena jahit. 1/4 dari darah yg meleleh tu kena kat baju. Masa mula sampai klinik tu, penuh sebelah muka dia kena darah. Itupun EDH ambik 1 lagi baju tutup luka dia..... Hish... tak tau nak cakap lah.......
Sila abaikan pakaian dia yg baju lain suar lain tu...... hehehe

Kasi closed up sikit sepit rambut kuning dia tu....

Ada sikit calar kat kelopak mata..... So hari2 kena gi klinik tuk cuci samapi luka kering..... Inilah my hero yg dah 2 kali kena luka kat kepala sampai kena jahit....

Sunday, June 27, 2010

Kenduri kawen.....

Salam Petang Ahad......

Hari ni plan nak gi jalan2 ngan angah tapi cancell atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.... hehehe Last2 angah gi jln ngan boboy & kawan dia. Aku stay kat umah.

Aku sajer nak stori sikit tentang 2 kenduri kawen yg aku attend masa cuti sekolah dulu. Satu kenduri kat Pahang. Lagi satu kenduri kat Terengganu. Kedua-kdua kenduri ni yg samanyer sama meraikan pengantin baru...... Cara & budaya kedua2 negeri pantai timur ni bagi aku amatlah berbeza.

Kenapa berbeza......? adatlah kot..... Banyak bezanya..... aku list down sikit tuk pengetahuan korang....

1. Kenduri kat Pahang sangat meriah tapi kat T'ganu sedikit hambar (sori org T'ganu.... Org kg EDH)

2. Kat Pahang siap ada kompang sambut pengantin baru. Pastu ada karaoke. Bolehlah melalak time tengah hari yg panas terik tu...... Kat T'ganu..... senyap sunyi. Mungkin sbb wat majlis tu hari Jumaat kot....

3. Kat Pahang pengantin diarak...... Ada bunga manggar yang cantik. Kat T'ganu, ni kenduri menyambut menantu. Pengantin perempuan datang ngan family jer sbb pengantin lelaki tunggu kat umah dah. Depa tak datang sekali..... (Pelik gak aku).....

4.Bab makanan tu aku tak nak ckp apalah kan.....

Ni lauk kenduri kat Pahang. Makanan kg. Memang selera lah aku makan. Opps... lupa nak bg tau. Tu kerabu pucuk paku & gulai lemak rebung & perut. Pastu ada Kari daging & Ayam masak merah.

Lauk kat T,ganu aku tak snap sbb bile aku snap gmbar anak2 aku pun org pandang semacam jer...... Kat T'ganu nasi minyak. Lauk Gulai Daging, ayam masak merah & acar

Ni atas pelamin kat Pahang...... Baru aku perasan, anak aku pakai selipar je la..... hahahha

Ni pulak masa nak gi kenduri kat T'ganu.... Lain tak anak2 aku....? Dah di transform habis.... sampai Boboy pun kena pakai baju melayu dlm panas terik tu.... Kalau kotrang perasan dlm gmbr ni ada 6 org.... Anak akukan 5 Jer.... Sorang tu my SIL. Kat sini tak dapat ambik gmbr kat pelamin, sbb pelamin pun tadakkkkkk..........

Sbb dah di transform, aku bagi gmbar belakang sekali. Kat jeti ke Pulau Kapas. Tak pergi pun......

p/s: Pasni siap aku kena pelangkung ngan org T'ganu. Jgn EDH baca entry dah ler.... Tapi aku bukan mengata. Ni pandangan mata aku.......

Thursday, June 24, 2010

Supprise......

Salam.....

Mesti korang rindu kat aku kan. Dah seminggu aku tak update blog. Tak sempat. alasan org yang malas cam aku ni..... 22 Jun 2010 birthday anak aku yang no 2. WAN MALISSA SHAHILA BINTI WAN MAZUAN yang ke 9. Semoga menenjadi anak yang solehah & berbakti kepada keluarga.....

Kek birthday girl. Actually, dia request kek lain yang aunty ayu dia buat tapi aunty dah cuti bersalin so tak dapatlah..... Suwuh mama buat sendiri..... huhuhu mahaplah abby. dapat mama cam ni..... tak reti nak buat..... kalau TTM sure bake kek sendirikan......

Close up sikit.....

Supprise Birthday party (actually, bukan party pun juz makan2 family jer). Kalau ikutkan dia nak wat party kat sekolah. Ni lah kerenah budak2 skang. Sikit2 nak wat kat sekolah sbb tgk kwn2 buat. Aku ckp tak yah buat nanti susah..... Kalau sek tadika memanglah boleh. Muka sememeh dia tiup lilin. Lilin tu aku letak 8 jer. tersilap. Maklumlah anak ramai lupa.......... hehehe

Aku harap korang bersabar ngan apa yg aku nak tnjuk ni..... Jgn ada yg meroyan dah le....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Apakah, mengapakah ini ditunjukkan.......

Juadah istimewa malam tu untuk orang yg istimewa. Sedapnya laksa.
Homemade dari dapur Puan Saedah (mak aku la). Yang bestnyer tentang laksa ni bukan setakat rasanya yang umphhhhhhh

T
A

P
I

jangan ada yang muntah, pengsan atau koma laks

**
**
**
**
**
**

pagi2 lagi Puan Saedah dah dtg umah aku.....

Kak Chik, camner nak buat kuah laksa tu.....?
Aik.... bukan ke mak yang ajar.............? Soalan bls ngan soalan
Ye la...... tapi dah lama tak buat, selalunya kak chik yang buat.
Ala.... sedaplah tu......

(Dialog awal pagi antara Puan Saedah ngan Puan Blog....., mak aku tanya kau camner nak wat kuah laksa......) Teror tak aku...... hihihi

Orang paling last siap makan. Yang lain dah ada yang terbaring tapi dia tetap menyudu.

Sedap ke Adi.......? (Anak adik aku.....)

Tara.........
Bersih pinggan laksa Puan Blog. Kalau boleh tak yah basuh. hihihi

Thursday, June 17, 2010

Dinner..........

Salam......

Frust lagi anak2 aku nak mandi laut. Tak berani nak bagi sbb laut bergelora. Ombak kuat. Bahaya. Alamatnya balik kl kena gi kolam renang la ni...... Petang just jln2 kat pantai je la....

Sajer jer nak tunjuk kat korang. Macam ok je laut tu.... tak kuat pun ombak dia......hehhehe

Balik dari pantai tu kitaorang terus gi pasar malam. Pasar malam ni besar. Macam2 boleh jumpa. Makanan they yg pelik2 pun byk la..... Tekak aku ni stereotaip sikit. Bukannyer berani nak cuba sangat..... So aku beli yang biasa2 je la....

Untuk aku.....Dah tak tahan menahan gelora di hati sara oppss.... di hati aku nak makan nasi kerabu. ingat nak tunggu esok.... tak sempat dah.. Aku paling suka nasi kerabu letak solok lada & daging panggang tapi kat gerai ni takde daging panggang.... Nampaknye esok kena makan lagi la. Cari kedai lain lak..... Iskiskhishk....

Untuk EDH...... Nasi Dagang.....

Mangkuk FIL pun nak glamer gak..... Bakso. Kat sini pun ada gak jual bakso aku ingat kat selayang jer yg ada.

Makanan anak2 ai tak tunjuk kat uoalllsss..... sebab they all makan nasi ayam. Hish.... nasi ayam yg mama masak lagi sedap......grrrrr

To be continue....... esok breakfast kat kemaman.....

Lunch.................

Salam

Masa aku gi pasar pagi tadi aku belilah terus lauk tuk dimasak tengahari ni. Memandangkan tadi dah heavy breakfast lambatlah sikit lunchnyer.... Kalau korang datang pasar2 yg dekat2 nagan laut ni mcm2 jenis ikan yg tak pernah di tengk pun ada.

Mula2 aku beli ulam2 dulu. Ada petai, timun & ulam raja. Sesuailah tuk disantap oleh anakanda sultan abu bakar & sultan mahmud ni.... Ulam kebanggaan raja tu.... Opps... timun tak sempat nak ambik tempat aku dah snap dulu. Tak sempatlah cik timun nak menglemerkan diri.....
"Mama, busuklah pasar ni" kata Boboy.....
"Memanglah nak, kata nya pasar. Kalau nak wangi gi SOGO. nak2nyer pulak kat area perfume tu"...... kan aku dah membebel.....

Ikan Siakap.....
Mak aih besar giler ikan ni. Kalau nak wat stim di kena pinjam steamer TTM ni.
Banyak lagi aku nak snap ikan2 yg besar2 & pelik2 tapi peniaga tu bg jelingan manja kat aku la......

Ni pulak ikan feveret.....
Banyak nama ikan ni ikan tongkol, ikan aya, ikan kayu...... itu je lah nama yg aku aku tau.....
Ikan ni macam2 jenis masakan boleh di buat. They all buat nasi dagangpun guna ikan ni la....

Hahaha..... sambal belacan campur mangga.... yumyumyum....
Gigih aku menumbuk sambal ni selesung...... Glamer gak lesung MIL ni......

Ni antara dish yg dimasak menggunakan ikan tongkol.
Ikan bakar tawar yg EDH pancing ngan sekeping note merah + 3 keping note biru
kat pasar tadi.....

Bersemangat aku melupakan diet.... dgn makan tak ingat punya. singgang ikan tongkol, ikan tongkol goreng, ikan tongkol bakar tawar, sambal sotong & ulam2......

To be continue dgn dinner.......

Breakfast.................

Salam dari Dungun......

Semalam aku balik kg. EDH bawak kete mcm kat litar lumba. Aku kat sebelah ni dah sakit2 kaki tolong tahan brek. Membebel2 aku "jgn laju lah bang, kang i terjun kete" Dia leh gelak2 je kat aku. Singgah dinner kat R&R Temerloh. Aku belasah makan nasi mlm2 tu lauk ikan patin tempoyak lagi. Lupa nak snap gambar.

Pagi ni breakfast aku beli kat Pasar Dungun. Aku kalau balik sini, habis cerita lah. kalau bleh sumer yg makcik2 tu jual aku nak beli. Tangan kiri-kanan dah penuh membibit mintak tgn EDH lagi. tangan MIL pun guna gak.......hehehe

Ni makanan breakfast kita org ari ni. Laksam,nasi minyak, lompat tikam & tak ketinggalan sata. Wajib tu......

Ni mananya nasi minyak. Aku punyer breakfast. Siap letak sata 3 ketul lagi. Terkejut perut aku, pagi2 lagi dah belasah nasi minyak. Ampunkan i perut..... selalunya cume mkn roti bakar 2 keping....... Diet Oh diet.....

Lepas heavy breakfast tu, aku kasi lawas ngan pisang2 ni la...... Tuk mencah, anak MR i bukan monkey tau...... hehehe

Bye...... to be continue dgn lunch

Wednesday, June 16, 2010

Khas Untukmuuuuuuuuuuu............

Salam.....

Korang dah sedia maklumkan aku balik kg hari ahad lepas..... Bukan pasal blk kg tu yg aku beria nak stori kat korang. Ni pasal sesuatu yg aku dah jumpa dah snap dari kamera amatur yg tak berapa nak power ni. Gigihlah aku snap dari dlm kete special tuk shbt yg jauh beribu batu..... Dah lama tak tengok tu...... Nah khas untok tatapan...........

==

==

==

==

==

==

==

==

==

==

==

==

Sori yek...image tak berapa nak jelas. Kamera amatur.....hehehe

Yang ni line clear sikit no....... Taraaaa...... BAS PAHANG LIN SIONG khas tuk TTM. Siap aku suruh driver berhenti tau. Ini je lah souvenir tuk ko TTM.

Planning asal balik tu nak singgah kat Lentang, mandi-manda. Tapi memandangkan kt Kg ada gak tmpt mandi-manda aku tukar plan. Amat mengecewakan anak2ku.... hujan lebat. So terus balik KL. Untuk tak menghampakan depa yg kemaruk air ni kitaorg singgah gaklah kat Lentang. Makan bekalan yg siap dimasak pg tu.....

Kak ngah merenung jer air tu....... Keciwa sbb tak boleh mandi. Bahaya, lepas hujan takut air laju tetiba.... Rileks kay kak ngah nanti kita datang......

Boboy merajuk sbb....... tak dapat mandi la......

Lepas gian, celup je lah kaki kat air tu...... Dgn muka tak puas hati dia layan gak aku yg nak ambik gambar dia.....

Next entry aku tunjuk kat korang gmbr2 kat umah kenduri kawen tu ek......... Bye....!

Sunday, June 13, 2010

Balikkkkkkkkkk kg.........

Salam pagi ahad...

pagi yg terang benderang ni..... Awal lagi aku dah bangun sbb EDH cal kul 6.00 am. Ingatkan leh lah ganjakkan waktu smpai kul 6.30. Kalau SARIP DOL versi MR gi Langkawi, cIk pIdOt balik kg, aku gadis anggun ( perasan tahap gaban) nak balik kg gak. Ada wedding.....

Sesapa nak tau ni kg aku..... kg korang ada camnie..... Lembah Klau ke simpang pelangai ke..... Beserah ke? hahaha

Memandangkan balik dari wedding nanti aku nak singgah kat Lentang. Nak tengok air dia sejok lagi tak. Manalah tau sama sejok kat cam kat umah TTM......hehehe. Kalau dolu2 asal gi KL je balik mesti singgah sana. Dah lama aku tak menyinggah ni. Tunggu ye Lentang.....Mlm tadi gigih aku wat agar2..... Pagi masak bihun goreng laks.... Berjimat cermat amalan yg terpuji..(save cost)

Friday, June 11, 2010

Mandi

Salam.....

Ni entry aku no 2 tuk minggu ni tentang cuti sekolah. Saje bg tau sblm korang kata 'woit..... tadak citer lain ke.....?' Anak aku yg ber3 ni tak nak gi umah nenek. Aku pun tak tau la nape. Si kembar tu memang tidoq kat umah nenek almaklumlah dari boboy lahir je theyall dah stay ngan nenek.

Jadinya dgn hati waja, gagah perkasa tinggallah they all ber3 kat umah....... Sblm Bonda kesayangan hamba gi kerja (kul 2 dia g keje) dia lah yg tolong jenguk2 anak2 aku ni. Umah bonda aku ni selang 1 pintu jer dari umah aku. Pas2 EDH akan balik umah dlm kul 3-4 la.....

Satu ketika waktu musim cuti sekolah yg dulu....... 4 anak dara aku ni tinggal kat umah. Anak jantan ikut EDH gi kerja. nak dijadikan cerita....... Jeng..jeng..jeng.... Ambik nafas semua..... tepat pukul 4 waktu Malaysia, kalau nak waktu melben kena tanya TTM la tarikh aku dah lupa..... EDH balik umah. Buka jer pintu....... Masyaallah..... hampir meroyan Mr Hubby aku tu.... Korang rasa apa yg jadi.......... sila teka.......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Anak dara aku ber4 wat kolam renang dalam umah. kolam renang tu plak sebijik besen biru besar...... Masa tu master mind tengak syok berendam..... sape master mindnya......? KAK LONG.... mana tak meroyan EDH masa tu..... Habis basah living rooam aku sib baik tadak karpet tebal kalu tak mesti tebal bo*t*t depa kena rotan...... Habis basah kain baju yg tak berlipat yg tumpang lending kat sofa tu...... SOFA....? jgn tanya lah sure basah. 2 hari baru kering.
Ari ni plak, cerita boboy...... EDH takde ari ni Outstation kat Ipoh. aku gi kerja kunci pintu bilik. Bila balik kerja aku tengok Boboy tak mandi dari pagi..... Ya Allah sian anakku..... Aku lupa yg dia tak akan mandi kat bilik air yg satu lagi tu......... Busyuk massam anak haku.....

Saje nak interfrem gambar lama...... Ni lah yg ber3 tinggal kat umah hari ni. Yang tak mandi2 tu yg berbaju oren......... (sama warna ngan blog ko sarid.......) hehehe Yang jadi master mind kolam renang kat tengah umah yg baju kuning tu.....

Anak-anak ni bila kita duk sorang2 segala perbuatan, perangai, kelakuan dia orang tu jadi penghibur kita......

Tuesday, June 8, 2010

Aku tak faham

Salam.....

Best aku tengok kwn2 aku makin rajin berblog.... sonok baca cerita2 ni.

Aku nak tanya korang sikit la..... nape ek 'second man' kat opis ni selalunya lebih poyo dari manager.....? Tensen aku. tak kiralah 'second man' tu lelaki ke perempuan ke..... aku ni dah pernah kerja ngan 3 second man..... 1 ok 2 ko.....

Pastu aku nak tanya lagi.......(byk betul nak tanyanye.....) nape org kalu ada masalah kat umah sampai bwk kat opis...... kalau ada masalah kat opis suka bwk sampai umah......? Tak faham aku..... Mcm 'second man' aku skang ni...... dah 3 hari bad mood tahap gaban.... bila di selidik (bukan akula......) rupa-rupanya isteri dia ngamuk sbb dia blk lambat. Dah tu yg kena tempiasnyer kitaorg....... Bengang, Nyampah......

Tu yg buat aku tak faham ngan perangai manusia2 jenis ni...... biarkan lah......

Korang mesti tau daun kucai kan...... Jangan ckp korang tak tau, tak pernah jumpa, tak pernah dengar pun...... daun kucai ni walaupun org tak pedulik sangat kehadirannya tapi banyak manfaat tuk kita ni special tuk org yg selalu kena sengugut mcm aku ni...... Dari anak dara sampai la selalu kena sengugut..... adussss........ Masa aku kat UiTM dulu, doktor tu siap kata lagi nanti aku ni bila kawen susah nak dapat anak........ Ngeri gak aku mendengarnya....
Nala...... skang ni 5 anak aku.....huh (Alhamdulillah, rezeki.....)

Ni lah rupa daun kucai tapi dah di masak la. lupa nak snap gmbr sblm masak tadi. Aku selalu masak daun ni. Setengah org campur ngan taugeh tapi aku lebih suka cam ni....

Aku jumpa 1 artikel tentang daun kucai ni tuk bacaan bersama

"Kucai sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang berasal dari keluarga lili. Tumbuhan ini tengik baunyan tetapi enak dimakan sama ada sebagai sayur atau ulam. Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia bernilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional, khususnya untuk mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Kucai juga bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan dan pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Caranya sama ada dimakan sebagai sayur atau daunnya ditumbuk hingga lumat dan dikacau dengan air panas lalu diminum. Cara ini amat berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut"

Sunday, June 6, 2010

Cuti Sekolah

Start je cuti sekolah nampak gayenye umah aku memang meriah lah dari pagi ke malam. Dah lah anak2 aku ni jenis yang tak main kat bawah, main dlm umah jer..... Pernah satu masa dulu waktu cuti sek la...... boboy taknak pergi umah nenek so along & abby volunteer nak jaga.

Bila aku balik kerja je...... Masyaallah.......! Nasib baik tak heart attack. Satu umah kena lumur ngan kunyit serbuk. Aku tak tau nak marah ke hape ke.... sakit hati mmg tak tau nak cakap lah. Bilik aku jer yg selamat sbb berkunci. Bila aku mandikan Boboy.... nalaaaa....kuning jer air yg turun. Hish..... geram tul. Lama tak lamalah, aku ambik 3 jam tuk cuci 1 umah..... huwaaaaa......

Cuti sek ni aku ajak EDH bwk anakanda sumer gi PD ke Melaka ke Bukit Gambang Resort City ke...... bdk2 suka sgt berendam...... Tapi jawapan yg cukup MENGHAMPAKAN.......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BALIK KAMPUNG
-
-
-
-
-
-
-
Bukan tak suka balik kg tp ....... nak melancong la..... huhuhu Mulalah kuar suara2 sumbang dari anakanda ni..... "abah ni asyik blk kg jer.... kalau kat sana tu bwk jln2 takpe gak. Ni duk kat umah jer".........
Saje je attach gambar lama.... tunjuk yg anakanda ni sumer suka main air....... hehehe

**** manalah tau kalau EDH rajin nak baca kot2 dia tukar plan....

Saturday, June 5, 2010

Inang-Inang

Salam......

Selamat Public Holiday.....

Tak tahu nak update cerita apa kat blog ni sbb tak ada cerita bagus..... Aku tau korang sumer mesti pernah, dah selalu, dah biasa sangat gi Melaka kan..... Kalau aku atau family member aku gi Melaka mesti ada buah tangan yg mmg jadi feveret kitaorg tuk di bawak balik. Musti korang ingat BELACAN / CENCALUK la tu..... Oh tidakkkkkkkkkkkkkk!

Korang pernah dengar INANG-INANG tak....? Inang-inang ada 2 jenis.
- inang-inang biji sagu
- inang-inang pulut.

Yg feveret kitaorg ni inang-inang sagu. Apa yang sedap sgt ngan inang2 ni aku pun tak tahu nak ckp. Nanti kalau korang gi melaka lagi cubalah beli...... bagus tuk membantu peniaga2 industri kecil & sederhana menjana ekonomi dia orang. (pasni aku leh kerja ngan tourism Melaka laks..... hehehe)

Ni lah rupe inang-inang tu.....

Image dari belakang lak.....

Rupa Inang-inang yang dah di goreng & sedia untuk di jamu sambil menonton Upin & Ipin.....

Thursday, June 3, 2010

Hat Yai Trip (Day 1)

Salam.......

14 may 2010 jam 11.30 malam kami bertolak dari The Curve ke Hatyai..... Dengan jiwa perkasa aku gagahkan diri untuk bersuka ria (sian ngan anak aku yg berempat yg tinggal) Aku tak bawak they all sumer pegi sbb pada mulanya aku ingat coach ada 28 seater ( ala-ala VIP seat tu) Rupa-rupanya coach yg di war-war oleh bos aku tu hanyalah sebiji BAS PEKERJA yang ada 44 seater. Aku tahu dah lambat so tak sempat nak buat pasport tuk they all.

Nasib baik coach tu coach baru, seat memang cantik (tadak yg goyang2). Bile diselidik oleh private investigator yg tak berapa nak bertauliah (2 hari sblm pergi) ropa2nya bas tu wat loan kat company yg aku bekerja.....

Naik je bas, aku yg memang agak jakun ni..... Fulamak cantiknya dalam bas ni mcm dalam Firefly la..... (bukannya aku pernah naik pun, aku just tengok dalam awan dania je) memang mcm sama...... percaya tak korang..... Cuba tengok ni............. (Agaknya bas Pahang Lin Siong pun jebat camni kot sekarang.........................)

Samakan......... hehehe

Tepat jam 12.00 malam, masa tu baru jer lepas R&R Rawang..... tiba2

Happy Birthday To You

Happy Birthday To You

Happy Birthday To Mr Hong

Happy Birthday To You..........................

Oopppsssss...... silap gambar lak. Ini budak hensem interfrem jer lebih.....

Ha....... yang ni baru betul. Bos aku ni 10 tahun dewasa dari aku. Ini bermakna usianya 42 tahun..... Acctually, kitaorg mmg dah plan nat wat supprise tuk dia.

Ok........ selamat tidur. See u all tomorrow

Wednesday, June 2, 2010

Padprik Sehati Berdansa

Hari ni abis jer kerja smptlah aku menyinggah kat pasar beli ikan, sotong, udang, sayur...... Harga tetap maintain mahal. nak wat camner...... Smpai kat umah dah kul 6.30. Apalagi mcm nak berpencak silat lah aku kat dapur nak memasak. Sambil2 potong sotong & buang kulit udang kembanglah telinga aku curi dengar cerita shahjehan kat tv3 tu..... nak melangut kat dpn tv nanti sure lmbt masak, dah lmbt msk mestilah lmbt makan....

Dlm kekalutan fikiran aku terus gak berfikir nak masak apa yg paling senang & cepat..... sambal udang, sambal sotong..... padprik....? Wah....! Gud idea. Padprik..... senang, ringkas, cepat & sedap..... Tapi dah lama gak tak masak ni..... Anyway, thanks to Puan Dayang tuk resepi yg hebat ini.

Maka bermulalah Puan Wanida membuka langkah seribu memula kan masakan...... Bahan2 yang diperlukan....... main hantam jer. takde sukatan pun....

1. Isi ayam di potong kecil2
2. Udang
3. Sotong
4. Sayur2 ( carrot, bunga kobis, kacang panjang & baby corn )
5. Bawang besar
6. Bawang putih
7. Daun limau purut
8. Sos cili, sos tomato, sos tiram & kicap pekat
9. Garam & gula
10. Cili kering di tumbuk / diblender. Ikut sukala.... nak guna serbuk cili pun ok......
11. Minyak & 1 biji limau kasturi

Skarang Puan Wanida pun memulakan pencak silatnya dgn lafaz Bismillahhirrahmanirrahim....
Bersilatlah Puan Wanida di dapurnya yg kecil itu...... Nasib baik pakai sekuar kalu pakai kain batik tadi sure dah disingkatkan menjadi mini skirt.....

1. Mula2 panaskan kuali & tuangkan minyak. Ikutlah minyak apa pun yg korang guna. aku guna minyak seri murni. Bagus minyak ni 2 pemeringkatan. Pasni sure aku dpt jadi duta minyak seri murni mengantikan Kismah Johar.......Oppsssss..... minyak dah panas. masukkan bwg putih. Goreng smpai kuning. Pastu masukkan cili yg ditumbuk tadi..... Tumis smpai naik minyak. Jgn jd org minyak cukup......

2. Masukkan ayam & kacau. pastu masukkan bhn2 no.8. Tambah sikit air. lupa nak tulis air dlm bhn2 tadi. Kacau smpai mendidih. Pastu masukkan sotong & udang. tunggu sekejap masukkan sayur2, daun limau purut & bwg besar. Kacau lagi. Jap jer tau......

3. Pastu masukkan garam & gula. Gula sikit cukup sbb kurangkan manis dlm masakan tambahkan manis dlm senyuman...... Sesungguhnya senyuman itu sedekah wahai sahabatku....! Dlm pada aku membebel2 ni..... padprik dah masak.

4. Jgn lupa perahkan sebiji limau kasturi tuk bg rasa masam2 sikit.... Mmglah masam kan.... apake halnye pulak limau rasa masin ke..... manis ker..... Padprik dah sedia tuk di santap.....

Ni lah rupa padprik yg di masak oleh Puan Wanida tadi. Depa tgh sehati berdansa seiring bersama, tarimu & tariku kini menjadi satu........................ Bersatu dlm mangkuk free jacob's. Kalu dlm mangkuk corelle lagi dasyat depa ni berdansa.........

Yang ni, biasalah aku mesti ada closed up..... 1 tips tul u alls..... Kalau masak padprik /tomyam.... bila dah masak jer terus keluarkan daun limau purut. kalau terendam lama2 natnti rasa lain sikit mcm pahit2......

Senang je kan...... SELAMAT MENCUBA.................!!!!!!

Tuesday, June 1, 2010

Nasi Ayam Paduan Qaseh

Salam.....

Hari ahad lepas, dlm kesibukan aku menggosok 20 pasang baju tu, tetiba jer anakanda suruh masak nasi ayam. Sbnrnya planning tu memang dah ada tp aku ni malas sikit nak masak nasi ayam ni. Leceh..... Tapi bila anak2 dah mintak tu..... buat jugalah.

Nasi ayam ni macam2 cara org buat. Aku pun ada 2-3 style lah nak buat nasi ayam.......**** hehehe.... ckp mcm org teror masak jer****** Anyway, A million thanks for mi SIL chef Rohana Dollah frm Rohana Catering for the marvelous resepi ni....

Ni lah rupa nasi ayam yang aku dah masak hari ahad tu..... This plate is special dedicate for my EDH.... Sedap tak Bang, ayang masak nasi ayam ni......? Korang rasa apa jawapan EDH.....

Ni closed up..... aku memang suka close up kan gambar2 ni.....

Korang tengok tak ada salad dlm pinggan ni kan. Bukan sebab EDH tak makan salad tapi sebab sumer kedai kat selayang mogok tak jual salad hari ni........

Aku siap buat agar-agar lagi....... desert.... hahaha

Ni aku bagilah resepi tuk korang cuba lak.......
Bahan-bahan
1. 1 ekor ayam potong 4 ( tapi aku buat 1 1/2 ekor..... al-maklumlah anak ramai)
2. Sos tiram
3. 2 inci halia ( Halia byk sikit pun tak pe)
4. 5 ulas bwg putih
5. Garam secukup rasa
6. 2 sudu kicap pekat

Cara-cara membuat
Rebus ayam hingga separuh masak pastu toskan. Air rebusan jgn buang nanti nak buat sup.
Tumbuk halia & bwg putih. Gaulkan semua bahan dgn ayam dan perap selama 30 minit. Pastu goreng dgn api yg perlahan. jgn terlalu lama.

Bahan-bahan sos cili
1. 5 biji cili besar
2. 2 biji tomato
3. 10 ulas cili padi
4. 2 ulas bwg putih
5. Gula & garam secukup rasa

Cara penyediaan
Blender semua bahan. Guna air masak sbb sos cili tak perlu dimask.

Bahan-bahan kicap
1. Kicap cair
2. Kicap manis
3. Sos tiram
4. Sedikit minyak bijan5. 1/2 sudu kecil tepung jagung
6. 1 ulas bwg putih di ketuk

Cara Penyediaan

Tumis bwg putih hingga naik bau. Masukkan bahan 1-5. Kacau hingga mendidih. Pastu angkat

Bahan-bahan sup
Air rebusan ayam digunaka untuk buat sup. Cuma tambahkan 2 ulas bawang putih, batang celery, garam secukup rasa & 1 sudu kecil lada sulah. Lepas masak angkat & tutup. Goreng bawang dlm kuali asing hingga garing pastu masukkan bwg goreng ke dlm sup tadi. Bila nak hidang isi sikit daun sup.......

Bahan-bahan nasi
Aku guna 4 cwn beras. Masak mcm biasa cuma tambah kan daun pandan, 2 sudu stok ayam knor, sedikit garam. Pada masa yang sama tumiskan bwg merah & bwg putih bersama sedikit minyak & butter. Bila nasi dah mendidih masukkan bhn2 tumis tadi bersama beberapa titik minyak bijan

Timun, tomato & salad untuk sayur. Semua dah siap...... sedia untuk disantap.................
Bagi aku renyah nak buat tp sedap untuk menjamu selera....
Selamat mencuba!