Tuesday, December 6, 2011

10 Muharram...

Assalamualaikum...
Salam 10 Muharram untuk semua..
Aku dapat e-mail tentang 10 Muharram dari seorang hamba Allah ni
So, aku rasa lagi baik aku share kat sini...
Supaya dapat kita sama-sama membacanya & bermanafaat untuk kita semua....

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri..

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:
 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam (Hari inilah..)- Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan..
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.
Antara amalan yang disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali.

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

(10 Muharram, bersamaan selasa, 06 DEC 2010) Hari ini la..... 

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
    Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
    Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
    Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
    Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
    Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut
    yang di sapunya.

6. Bersedekah
    Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang 
    tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada 
    semua fakir miskin di dunia ini.
 7. Memelihara kehormatan diri (Bagi aku pulak, yang ni memang sentiasa perlu dipelihara..)
    Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
   Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
   lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
    Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
     Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
      Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun 
      melakukannya.
      lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'

      Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
     'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
     Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
     Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
     Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
     Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan 
     diharamkannya daripada neraka.

No comments: