Sunday, April 18, 2010

Malay kitchen

Aku ni bukannyer reti sangat memasak. Kalau TTM tu memang teror lah. Setakat nak bagi perut tak kosong tu bolehlah. Yang aku berani masak pun cuma masakan melayu. Yang lain tu takut nak cuba. Takut tak jadi.......

Ini lauk memang menjadi kegemaran Everdearest hubby ngan anak-anak la...... Kari Kepala Ikan Hantam saja la........ Bagi aku kalau Everdearest hubby ngan anak-anak dah suka itu cukup memadai. Seronok bila kita masak habis dimakan.

Untuk memasak Kari Kepala Ikan Hantam saja la..........

Bahan-bahan
  1. Kepala Ikan Merah dibelah 2 (tambah sekeping isi ikan)
  2. 3 sudu serbuk kari
  3. 2 sudu serbuk cili (cili kisar pun boleh)
  4. 3 ulas bawang putih di mayang
  5. 3 ulas bawang kecil (bawang rose) di mayang
  6. 1 ulas bawang besar di mayang
  7. Daun kari
  8. 1 cawan santan pekat (kalau nak guna susu cair pun boleh)
  9. 4 cawan air
  10. Asam jawa
  11. Garam secukup rasa
  12. Sedikit minyak untuk menumis
  13. 10 batang kacang bendi
  14. 5 ulas cili besar (merah boleh hijau pun boleh)
  15. 2 biji tomato

Cara Untuk Memasak

Ikan mestilah di cuci bersih dan toskan

Panaskan kuali. Masukkan minyak. Bila minyak panas tumiskan bwg putih, bwg merah & bwg besar sampai kekuningan. Pastu masukkan daun kari. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis sampai naik bau. Hmmmmm wanginya....

Pastu masukkan kepala & isi ikan. Kacau. Masukkan air asam jawa. Lepas tu masukkan santan, air dan garam. Perlahan kan api dan tunggu hingga mendidih.

Masukkan kacang bendi, cili besar & tomato. Biarkan sekejap pastu angkat. Kalau lama-lama nanti sayur tu lembik. Masa memasak lebih kurang 20 minit jer.....

Selamat mencuba...... hehehe padahal sumer orang tau nak masak kari....

2 comments:

TopsyTurvy Mum said...

weiii...nama Hantam sajalah tu dah copyright oleh aku...muahahaha!

sedapnyer Intannn!!

kisahwanida said...

ooooo..... ye ker.... kira ok lah kannnn