Bahan-bahan
- 1.2 kg tulang (sbb kitaorg dpt byk tu)
- 2 paket sup bunjut tulang adabi
- sikit bunga lawang & kulit kayu manis (aku tambah sikit jer)
- 6 ulas bawang putih di potong halus
- 10 ulas bawang ros dimayang untuk buat bawang goreng
- 2 inci halia
- 3 keping asam keping
- Garam secukup rasa
- Air (ikut suka banyak mana, aku mmg letak banyak sbb anak2 suka sup)
- Daun sup & daun bawang.
Cara-cara nak masak
- Masukkan tulang, halia, bawang putih, sup bunjut, kulit kayu manis, bunga lawang, garam & air ke dalam periuk. Rebus sehingga daging sedikit empuk. Jgn tunggu tulang empuk dah la ye....... Parah nanti
- Pastu baru masukkan asam keping. Bonda aku kata, kalau masukkan asam tu cepat2 nanti daging lambat empuk.
- Bila sup dah masak, tutup supaya wap dia x keluar. Silalah menggoreng bawang ros. Pastu masukkan bawang goreng kedalam periuk sup & tutup semula.
- Bila nak hidangkan silalah campak daun sup & daun bawang. Fuh.... baunya memikat selera.
Terima kasih kepada yang bersedekah. Semoga amalan mereka di terima Allah. Selamat mencuba
4 comments:
sedapnyer wehhh..aku tak enjoy ngat raye kat sini..terperap kat umah jer..hukhukhuk..bila nak balik kg ni??
sabar..... kata minggu depan. lama ker kat kg nanti
selalunya sebulan..but this time rasenye 3 minggu jer kot..hihihi
like like.......
Post a Comment